Thursday, 11 July 2013

Lebih 4 juta solat terawih dan berqiamulail malam kedua di Raba'ah, Mesir...

Khamis, 11 Julai 2013
4 juta umat Islam yang berhimpun sejak petang tadi di dataran Raba'ah membaca "Ma'thurat" beramai-ramai.
MESIR: Syeikh Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy mengimami solat terawih pada malam kedua bulan Ramadhan tidak kurang dari 4 juta umat Islam yang berhimpun sejak petang tadi di dataran Raba'ah bagi meneruskan bantahan terhadap rampasan kuasa tentera.

Menjelang waktu berbuka puasa pada hari pertama Ramadhan hari ini, dianggarkan lebih 3 juta umat Islam membanjiri dataran Raba'ah untuk menghadiri majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Pentas utama dataran Raba'ah mengumumkan bahawa ia mencatatkan rekod dunia menyaksikan majlis berbuka puasa paling ramai yang pernah diadakan. Para petugas terpaksa membahagi-bahagikan tempat mengikut wilayah dan terdapat tempat khusus bagi mereka yang datang bersama keluarga.
Adat bagi masyarakat Arab mereka akan berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama bulan Ramadhan. Walaupun begitu, dataran Raba'ah tetap juga dibanjiri oleh rakyat dan adat mereka tahun ini telah berpindah ke Raba'ah sebagai janji mereka untuk sama sekali tidak berganjak meninggalkan dataran walau apa jua keadaan sekalipun.

Kelihatan dua buah van yang sarat dengan daging kambing untuk dijamu kepada mereka yang hadir disedekahkan oleh seorang penyokong Mursi sementara penduduk tempatan dari kawasan Madinah Nasr pula mengagihkan bungkusan air jus buah-buahan kepada mereka yang berpuasa.
Tidak ganjak, Jutaan terawih di Dataran Raba'ah... 

Pendakwah Islam, Dr.Sofwat Hijazi pula sempat menyampaikan tazkirah yang menghuraikan fadhilat bulan Ramadhan sebelum azan maghrib berkumandang. Sebelum itu, mereka yang hadir membaca "Ma'thurat" beramai-ramai.Posted by Abu Luqman.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena