Thursday 11 July 2013

Mesir: Laungan "Mereka membunuh saudara-saudara kami ketika solat " air mata mereka semua jatuh bercucuran sambil membawa 90 keranda simbolik...

Jumaat, 12 Julai 2013
Perarakan keranda penyokong Mursi
Perarakan keranda dan kafan menggegarkan jalan-jalan di Kaherah  bersama air mata rakyat Mesir yang becucuran
Perarakan keranda dan kafan yang diaturkan oleh rakyat Mesir yang terdiri daripada penyokong syari'yyah dan pembantah rampasan kuasa tentera.

Mereka bergerak dari Medan Rabiatul Adawiyah melintasi Bangunan Pengawal Republik sehingga ke Istana Ittihadiyyah.

Perarakan ini disertai oleh hampir setengah juta penunjuk perasaan yang menuntut pengembalian presiden Mursi sebagai pemimpin republik.

Penunjuk perasaan mengulangi laungan-laungan seperti : "Rakyat menyokong keteguhan presiden, bunuh lah kanak-kanak, lepaskanlah tembakan, kami punya Allah yang maha perkasa dan maha berkuasa di sisi kami, mereka bunuh saudara-saudara kami sewaktu mereka bersolat dan mereka menuduh kami sebagai pengganas, ketika solat subuh mereka membunuh saudara-saudara kami "

Berikutan laungan "Mereka membunuh saudara-saudara kami ketika solat " air mata mereka semua jatuh bercucuran sambil membawa 90 keranda simbolik dan hampir seribu rakyat membawa kain kafan bersama mereka sebagai tanda menunjukkan kesediaan mereka untuk mengorbankan diri sehingga nafas-nafas terakhir demi mempertahankan syari'yyah.

Photo: ‎Gambar ini diambil oleh salah seorang jurugambar ketika berada di kawasan pengawal Republik dua hari lepas, kedua-dua gambar merupakan gambar seorang lelaki yang sama, tertulis atas kolar baju lelaki tersebut perkataan ‘syahid’.

Lelaki tersebut sebelum ini adalah pendemo aman dan tiada padanya apa-apa senjata, kemudian apabila diamati dalam salah satu video didapati beliau telah syahid bertemu Allah.

Semoga Allah merahmati beliau, dan melaknat siapa yang telah membunuhnya dalam siri pembunuhan yang dirancang.

Sumber : نبض رابعة
#mesirkini‎

Gambar ini diambil oleh salah seorang jurugambar ketika berada di kawasan pengawal Republik dua hari lepas, kedua-dua gambar merupakan gambar seorang lelaki yang sama, tertulis atas kolar baju lelaki tersebut perkataan ‘syahid’.

Lelaki tersebut sebelum ini adalah pendemo aman dan tiada padanya apa-apa senjata, kemudian apabila diamati dalam salah satu video didapati beliau telah syahid bertemu Allah.

Semoga Allah merahmati beliau, dan melaknat siapa yang telah membunuhnya dalam siri pembunuhan yang dirancang.

Sumber : نبض رابعة
#‎mesirkini


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena