Monday, 15 July 2013

Sheikh Yusuf Al Qaradawi dihalau dan dilucut kerakyatan oleh Emir Qatar?

Isnin, 15 Julai 2013
Qaradawi expulsé du Qatar 
Sumber video: http://elbadil.com/satellite-channels/2013/07/02/169633

emir qatar
Emir Qatar
Namun Sheikh Yusuf Al Qaradawi menafikan kenyataan ini di Facebook beliau dan menyifatkan penyebaran berita ini bagi mencemarkan imej beliau. Tunggu UPDATE!
Qatar: Sheikh Yusuf Al Qaradawi telah diperintah keluar dari Qatar dan dilucutkan kerakyatannya begitu juga dengan Khaled Meshaal yang diperintah keluar dari Qatar dalam tempoh 48 jam oleh emir Qatar Tamim bin Hamad bin Khalifa. Begitu juga dilaporkan penutupan semua pejabat ikhwanul Muslimin atau Muslim Brotherhood selaras dengan dasar tidak lagi menyokong mana mana faction puak dalam negara.

Dalam satu temubual Prince Tamim menyebut kita semua adalah muslim tetapi bukan muslim brotherhood dan kami hanya berurusan dengan negara dan kerajaan bukan puak puak politik. Diulangi Al-Nahar melaporkan bahawa Putera Tamim memberikan pemimpin Hamas, Khaled Meshaal, masa 48 jam untuk meninggalkan negara tersebut.

Jika benar dakwaan berita ini apakah Qaradawi lari ke Mesir yang mana mungkin beliau akan ditahan atau mengikut Khaled Meshaal balik ke Palestine.
qaradhawi dan hamas palestine
Foto kredit Reuters.
Gambar Sheikh Yusuf Al Qaradawi yang menyokong kuat Ikhwan dan Nahda dan disokong pula oleh militan Hamas kelihatan dalam gambar dicium tangannnya oleh Ismail Haniyeh. Qaradawi dengan fatwa kerasnya boleh dilihat disini menghalalkan darah semua penyokong Bashar tidak kira siapa sahaja menyokong Bashar boleh dibunuh. Lihat video klik sini. Hingga dikatakan membawa kepada pembunuhan ulama fahaman sederhana Sheikh Ramadhan Al Buti. Kes pengusiran beliau ini dinafikannya namun ia berkemungkinan dari fatwa beliau menghapuskan Syiah Syria bulan lepas.

Al-Jazeera, yang beribu pejabat di Doha, Qatar mungkin perlu mencari pengganti Qaradawi, yang mempunyai program sendiri pada rangkaian mereka. Gergasi media Arab, yang telah membeli rangkaian TV Media milik  Al Gore pada awal tahun ini, mungkin akan lebih berhati hati selepas ini. Majalah Review Malaysia - MRM





0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena