Saturday, 5 July 2014

Bulan Ramadhan - Kemalangan Ngeri...Berhati-hati di Lebuhraya

Ahad, 6 Julai 2014

Kereta Rempuh Papan Tanda : 3 Maut 3 Parah

Keadaan kereta yang tersepit di papan tanda penunjuk arah di KM240, Lebuhraya Utara-Selatan, menghala ke utara dekat Rembau pada petang Sabtu

Dua lelaki dan seorang bayi lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh papan tanda penunjuk arah di KM240, Lebuhraya Utara-Selatan, menghala ke utara dekat sini, pada Sabtu. 

Anggota paramedik memberikan rawatan kecemasan kepada kanak-kanak perempuan yang turut terbabit dalam kemalangan di KM240,

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Abdul Aziz Ali berkata dalam kejadian 4.45 petang itu, kereta dinaiki enam mangsa itu sedang dalam perjalanan dari arah Simpang Ampat menghala ke Senawang apabila dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh papan tanda penunjuk arah.

"Tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian iaitu pemandu kereta, Mohd Fauzan Salleh, 28, beralamat di Taman Muhibbah, Gemencheh, penumpang Yunus Salem Angran, 21, dari Sungai Besar, Selangor dan anak Mohd Fauzan, Muhammad Firas, berumur lapan bulan," katanya ketika dihubungi.

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Tiga lagi mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Operasi menyelamat dijalankan oleh sepasukan enam anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena