Saturday, 5 July 2014

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang...Ceramah di tokong dan stor jentera berat...

Ahad, 6 ulai2014



Akan datang..kuliah agama di tokong dan gereja


Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus berkata walaupun ada larangan ke atasnya untuk mengadakan kuliah di masjid dan surau di lokasi tertentu tetapi ada pihak menyediakan tempat mengadakan kuliah termasuk bukan Islam.
 
“Mereka menyediakan tapak seluas 20 ekar, yang siap segera dibersihkan seawal hari hendak diadakan kuliah walaupun tapak itu sebelum itu digunakan menyimpan jentera bagi kerja-kerja berat.  
 
“Pemilik bukan Islam itu telah beri guna secara percuma untuk saya mengadakan kuliah agama.
 
“Alhamduliilah, kira-kira 30,000 orang hadir mendengar kuliah saya itu,” katanya ketika menyampaikan kuliah di Madinah Ramadhan, Dataran Stadium di sini petang semalam.
 
Sementara di Kulai, Johor pula, kata Ustaz Azhar, sebelum diadakan kuliah, sejak awal lagi surat telah dihantar oleh pihak berkuasa kepada pihaknya yang tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah agama di masjid dan surau.
 
Ekoran itu, seorang bukan Islam telah bermurah hati memberikan tapak miliknya untuk digunakan dengan sewaan yang sangat rendah dan kuliah Ustaz Azhar itu berjaya diadakan dengan dihadiri lebih 10,000 orang.
 
“Larangan supaya tidak mengadakan kuliah agama di masjid dan surau itu  menggambarkan sikap sesetengah muslim di negara kita,” ujarnya.


dollah yankee -
Semakin banyak usha untuk membawa Islam ketengah masyarakat dan kehidupan, semakin jelas kepada kita parasrupa dan isihati orang yang ingin meminggirkan Islam.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena