Monday, 14 July 2014

HELPGAZA...Boikot Untuk Ajar Israel! Ribuan Warga Sydney Kecam Keganasan Di Gaza

Isnin, 14 Julai 2014
INFAQ GAZA

Hanya Boikot Colgate, Starbucks, Coca-cola dan McDonald's Sahaja Untuk Ajar Israel

KUALA LUMPUR: Usaha memboikot produk Yahudi dilihat hanya perlu dipraktikkan kepada syarikat tertentu yang memberi sumbangan kepada tabung perang Israel.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ada juga syarikat Yahudi yang menentang peperangan ke atas Gaza selain menyifatkan langkah boikot ke atas semua produk Israel disifatkan sangat mustahil direalisasikan.

"Kita tahu tidak boleh boikot semua produk Yahudi. Ada juga barangan mereka yang tidak menyumbang terhadap dana perang Israel," katanya ketika dihubungiAstro AWANIdi sini.

Nadzim mengulaskenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamadyang berkata, tindakan memboikot barangan dikaitkan dengan Israel hanya memberikan kesan jika ia dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia.

Jelasnya, tindakan memboikot melibatkan kelompok yang kecil tidak mendatangkan hasil kecuali ia dibuat secara menyeluruh yang membabitkan seluruh dunia.

Cadangan memboikot produk berkaitan Israel itu berikutan serangan regim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban.

Dalam pada itu, kata Nadzim, keupayaan masyarakat untuk menyekat pembelian produk Yahudi juga dilihat sukar.

"Bagaimanapun kesedaran itu sebenarnya sudah ada di kebanyakan negara, bantahan juga sudah dilihat secara terang-terangan termasuk negara bukan Islam.

"Namun kita lihat dan sedar jika melawan, ia umpama menentang kuasa besar Amerika Syarikat," ujarnya.

Jelasnya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga harus bersatu dan memastikan langkah boikot dilakukan selepas mengkaji latar belakang produk berkenaan.

Tambahnya, seperti di PPIM, hanya empat produk diboikot iaitu Colgate, Starbucks, Coca-cola dan McDonald's.

"Kita kenal pasti hasil jualan produk-produk ini menyumbang kepada tabung Yahudi.

"Rakyat juga tidak mati jika tidak menggunakan empat produk ini. Banyak lagi pengganti jenama produk ini jika ia diboikot," katanya.

Ujarnya, langkah untuk memboikot barangan keluaran Yahudi dan AS itu perlu berterusan dan bukan hanya semasa berlaku peperangan semata-mata.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mustahil-boikot-semua-produk-israel-ppim-39798?cp
BLM.

Ribuan Warga Sydney Kecam Serangan Tentera Israel Di Gaza


pro-Palestinian

 Tunjuk perasaan menentang serangan tentera Israel ke Gaza di Sydney diikutiribuan massa. Mereka mendesak Israel menghentikan serangan udara Israel kesempadan Gaza. 

Sekitar 2000 - 3000 massa penunjuk perasaan (13/7) berkumpul di depanDewan Bandar Sydneymereka membawa pelbagai sepanduk berisi kecamanterhadap Israel dan meneriakan kalimat.


"Bebaskan, Bebaskan PalestinBebaskan Gaza!". Aksi massa yang berlangsungselama beberapa jam itu berlangsung damai.

Aktivis Pro-Palestin, Damian Ridgewell dalam kesempatan itu menyampaikanorasi berisi kecaman pedan dan berkata desakan antarabangsa terhadapIsrael untuk menghentikan keganasan di Gaza.

"Hari ini kita berdiri berdampingan dengan ratusan orang di dunia yangmengecam kejahatan Israel dan kita berdiri dalam perpaduan untuk Palestin,"katanya.
"Orang yang dengan kesedaran mengatakan Tidak kepada Israel - merekamengataka n tidak kepada sokongan kerajaan persekutuan kepda kejahata nperang yang dilakukan oleh Israel dan pemusnahan bangsa

"Kita katakan kita berada dipihak Palestin!
"Seluruh warga dunia di New YorkAfrika SelatanNorway berunjuk rasasebanyak 15,000 orang di London - kita ikut ambil bahagian dalam perpaduanseaa beberapa hari untuk warga Palestin dan menentang keraspembunuhan berdarah yang dilakukan Israel. (IH) 
agains israeli
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena