Wednesday 9 July 2014

Lagi Bazar Ramadhan: Ketua Pemuda Umno Perlis Ditangkap Polis

Rabu, 9 Julai 2014
Gambar: EDISI RAKYAT KENA TIPU ... BELUM LAKSANA GST TAHUN INI HARGA KUIH RAYA LEBIH MAHAL SEBAB BAHAN MENTAH BUAT KUIH NAIK SEHINGGA 35%.
http://omakkau.blogspot.com/2014/07/edisi-rakyat-kena-tipu-belum-laksana.html

Ketua Pemuda Umno Perlis Ditangkap Polis


Ketua Pemuda Umno Perlis Syed Atif Syed Abu Bakar mendakwa penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menumbuk muka seorang peniaga di bazar Ramadan Arau.

MPK bagaimanapun menafikannya.

Menurut versi Syed Atif, tumbukan itu dilayangkan apabila peniaga yang kecewa barangnya diangkut bertempik menggelar penguatkuasa sebagai “kejam dan tidak bertimbang rasa”.

Penguatkuasa itu dikatakan datang ke bazar Ramadan pada Ahad untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak membayar sewa tapak.

Selepas tumbukan itu, Syed Atif mendakwa, orang ramai yang marah kemudian melontar kenderaan MPK dengan tembikai.

Syed Atif berkata, beliau meminta pegawai MPK itu supaya menggunakan budi bicara kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dijadual melawat bazar itu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, jurucakap MPK berkata, kejadian itu tidak pun berlaku.

“Pegawai kami tak ada menumbuk siapa-siapa.

"Dia buat tohmahan ini untuk tunjuk kuasa dia dan kejantanan dia sebagai ketua Pemuda Umno Perlis,” katanya.

Menurut jurucakap yang enggan dinamakan itu, Syed Atif sebenarnya yang memulakan pertelingkahan itu.

Jurucakap itu juga mendakwa pemimpin Umno itu sebenarnya cuba membuat provokasi dengan mengeluarkan tembikai itu daripada trak MPK.

Ekoran itu dakwanya orang ramai menendang trak sehingga menyebabkan kerosakan.

Jurucakap itu juga menjelaskan, tindakan merampas barang-barang peniaga itu juga diambil setelah mengeluarkan amaran empat hari sebelum itu.

Berhubung lawatan Shahidan, jurucakap itu berkata, pegawai mereka tidak tahu bahawa bekas menteri besar itu akan datang.

Akibat kejadian itu, Syed Ali ditahan apabila beliau pergi ke ibu pejabat polis daerah di Arau untuk kenyataannya dirakamkan.

Beliau dituduh mengganggu tugas penjawat awam.
BLM.


KINI DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS



ARAU - Ketua Pemuda Umno Perlis Syed Atif Syed Abu Bakar dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Arau Saiful Nizam Othman dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau petang semalam selepas pergi ke sana setelah mendapat tahu mereka dicari polis berhubung dakwaan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar mereka mengganggu penjawat awam menjalankan tugas di Bazar Ramadan di sini, Ahad lepas.

Syed Atif berkata: "Saya terus ditahan di IPD Arau sebaik menyerah diri namun akan memberi kerjasama penuh kepada polis yang menjalankan siasatan."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dibebaskan di sini, petang tadi.

Sementara itu, peguam Jamil Mohamed Shafie yang mewakili Syed Atif dan Saiful Nizam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena