Wednesday 9 July 2014

TANGANI ISU GELANDANGAN: Antara UMNO (pengemis didenda) & DAP (pengemis diberi makan)

Rabu, 9 Julai 2014

Gambar: PERBANDINGAN ANTARA UMNO DAN DAP TANGANI ISU GELANDANGAN DI BANDAR RAYA ... UMNO AKAN DENDA RM150 KEPADA PEMBERI PENGEMIS ... DAP TIADA TINDAKAN SEBALIKNYA SUMBANG RM20,000. 
http://omakkau.blogspot.com/2014/07/perbandingan-antara-umno-dan-dap.html

PERBANDINGAN ANTARA UMNO DAN DAP TANGANI ISU GELANDANGAN DI BANDAR RAYA ... UMNO AKAN DENDA RM150 KEPADA PEMBERI PENGEMIS ... DAP TIADA TINDAKAN SEBALIKNYA SUMBANG RM20,000.


Aduhhhh!!! Apa nak jadi dengan pemimpin yang dilabelkan oleh macai-macai UMNO sebagai komunis ini buat perangai macam ini pula sedangkan pemimpin pujaan mereka yang dikatakan berjiwa rakyat merangkap Setiausaha Agung UMNO Malaysia nak denda RM150 kepada sesiapa yang beri wang kepada pengemis di Kota Raya Kuala Lumpur.

Dahlah tiada sebarang tindakan diambil diberi pula sumbangan RM20,000 kepada aktivis dapur yang menyediakan khidmat memberi makanan dan minuman percuma kepada golongan fakir miskin yang tidak berumah.

Nampak sangat jahat dan zalimnya pemimpin DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang ini????????

INI KISAH MENGENAI TINDAKAN DAN PERASAAN KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG PIMPINAN SETIAUSAHA AGUNG DAP PUSAT TERHADAP GOLONGAN MISKIN BANDAR INI. 
Kerajaan Pulau Pinang tidak akan mengambil tindakan terhadap golongan tidak berumah atau kumpulan pemberi makanan percuma, kata ketua menterinya Lim Guan Eng.

Jabatan kebajikan negeri, kata Lim, tidak dibenarkan membuat sebarang operasi terhadap dua golongan itu.

“Kerajaan persekutuan bercakap tentang denda RM150 kepada pemberi sedekah kepada pengemis. Ini tidak dapat diterima sama sekali.

"Pulau Pinang tidak akan mengambil tindakan sama,” katanya.

Bercakap di Pulau Pinang semalam, Lim juga mengumumkan akan menyumbang RM20,000 daripada tabung ketua menteri kepada aktivis dapur umum di negeri itu.

Isu berkaitan itu timbul selepas Kementerian Wilayah Persekutuan berazam untuk membersihkan Kuala Lumpur daripada pengemis dan golongan tidak berumah.

Untuk tujuan itu, pemberi sedekah dan kumpulan dapur umum juga mungkin akan disaman atas anggapan menggalakkan gejala itu – tindakan yang mengundang kemarahan pelbagai pihak.

YANG INI PULA PANDANGAN KERAJAAN YANG MENDABIK DADA BERJIWA RAKYAT DENGAN SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN TERPACUL DARI MULUT SETIAUSAHA AGUNG UMNO MALAYSIA.

KUALA LUMPUR – Orang ramai di sekitar bandar raya ini yang dikesan memberi sedekah kepada golongan pengemis akan didenda sebanyak RM150 tidak lama lagi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  berkata, ia bertujuan membendung kegiatan meminta sedekah membabitkan kanak-kanak dan orang pelarian yang menjejaskan imej negara.


Beliau berkata, wang denda itu akan dikumpulkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk disalurkan kepada golongan miskin manakala pengemis yang ditahan pula akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan lain untuk tindakan lanjut. 

“Undang-undang kecil dan prosedur operasi standard mengenai perkara itu akan diperkenalkan dalam tempoh seminggu dua lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan ahli jawatankuasa badan penasihat rumah ibadat bukan Islam di sini semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz36qsIif76
Hakcipta terpelihara 


ANTARA DUA SETIAUSAHA AGUNG PARTI INI .. SIAPA YANG ADA SIFAT BERJIWA EHSAN KEPADA RAKYAT SUSAH FAKIR MISKIN YANG TIDAK BERUMAH?????

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena