Friday, 15 August 2014

Husam 'serang' Khalid, desak letak jawatan secara "bermaruah"

Jumaat, 15 ogos 2914

Husam 'serang' Khalid, desak letak jawatan


Kurang 48 jam untuk mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat membincangkan berkaitan sokongan parti itu kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, naib presidennya melancarkan serangan pertama terhadap bekas tokoh korporat itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Datuk Husam Musa berkata adalah mulia bagi Khalid melepaskan jawatannya sebagai menteri besar (MB) secara "bermaruah" .

"Apa lagi yang ditunggu? Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan MB?" soal Husam yang juga bekas exco kerajaan Kelantan.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Husam yang juga ADUN Salor berkata kenyataan beliau itu "selari dengan pendirian parti" tetapi enggan mengulas lanjut.

Ini mengesahkan kepercayaan bahawa parti itu tidak ragu-ragu supaya Khalid mengosongkan jawatan tetapi mempunyai isu mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB.

Sementara itu, Husam menyoal sama ada Khalid berfikir untuk membubarkan DUN Selangor dengan menganggapnya sebagai satu tindakan yang akan menyusahkan Sultan Selangor.

"Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru ini Tan Sri mencadangkan DUN dibubarkan?" kata Husam.

malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena