Saturday 16 August 2014

Terkini, 4 Exco PAS kekal & Khalid bakal tubuh parti politik baharu - Faekah

Ahad, 17 Ogos 2014

Khalid bakal tubuh parti politik baru, kata Faekah..!



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal menubuhkan sebuah parti politik baru bagi berdepan segala kemungkinan dalam kemelut penyingkirannya sebagai menteri besar Selangor.

Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid berhajat untuk kekal sebagai menteri besar, sebaliknya segala urusan peralihan perlu berpandukan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Khalid bakal menubuhkan parti baru. Saya rasa lebih baik kita tunggu dan lihat apa tindakan beliau selanjutnya.  

"Pendirian Khalid yang kini cuba digambarkan kononnya beliau dalam apa cara sekalipun mahu mempertahankan jawatan MB, itu adalah gambaran jahat. 

"Tidak tepat mengatakan Khalid begitu kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan pelantikan dan pemecatan menteri besar hendaklah dilakukan secara teratur, tertib dan berhemah," katanya dalam satu wawancara yang diterbitkan Berita Harian hari ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat hari ini bagi menyatakan pendirian sama ada mahu terus mengekalkan Khalid sebagai menteri besar atau menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru. 

Majlis Syura PAS yang bermesyuarat tempoh hari mahu Khalid dikekalkan kerana tiada apa-apa bukti yang disabitkan Khalid melakukan penyelewengan dalam tugasnya sebagai menteri besar.
BLM.

Terkini: Pas cadangkan Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai pengganti Khalid Ibrahim, 4 Exco kekal

Dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini, parti itu dijangka akan kekal bersama Pakatan Rakyat bersama calon lain selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2014.

PAS hari ni telah mencadangkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ia bagi menggantikan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid yang telah dipecat dari partinya (PKR) 9 Ogos lalu.

Selain itu, PAS turut mencadangkan empat ahlinya supaya terus berkhidmat sebagai Exco dalam kerajaan negeri Selangor, namun tidak menuntut jawatan Menteri Besar sebagai tanda komited terhadap Pakatan Rakyat (PR).

PKR pada 22 Julai lalu yang telah menamakan Wan Azizah sebagai calon baru bagi jawatan tersebut yang turut disokong oleh DAP.

Mesyuarat yang berlangsung sekitar jam 10 pagi di Pejabat Agung PAS tadi dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Ia dikatakan menjadi penentu kepada penyelesaian kemelut yang sedang berlaku di Selangor selain penanda aras bagikerjasama ketiga-tiga parti dalam PR.

 Posted & copy by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena