Friday, 12 September 2014

Apasal MACAI Menyesal?: Najib tolong hargai kami (Umno) yang mengundi anda…Bukan dengar 'si sepet dan si hitam manggis'!

Sabtu, 13 September 2014

Siapa Conteng...

SSK dengan 1MDB



1. Saya tertarik dengan tulisan sahabat saya Saleh Said Keruak (SSK) berkenaan 1MDB.

2. Beliau berpendapat 1MDB ialah untuk bantuan dalam bidang pelajaran. Saya akui saya tidak tahu akan kegunaan wang 1MDB untuk pelajaran. Tetapi ada iklan yang menyebut sudah lebih satu juta rakyat dapat bantuan pelajaran dari 1MDB. Bahagi 1 juta dengan 4 tahun ini bermakna 250,000 setahun. Jika benar, Alhamdulillah.
3. Yang saya tahu 1MDB diguna untuk membeli tiga buah stesen janakuasa dari YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah power plant di Negeri Sembilan. Harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran. Kos tidak kurang dari 4 billion Ringgit
4. Baru-baru ini 1MDB akan memiliki sebahagian besar daripada saham stesen janakuasa yang akan dibina oleh Tenaga Nasional dan pihak lain. YTL telah tarik diri. Ramai yang menegur Tenaga kerana projek ini, kerana tidak mengadakan tawaran terbuka.
5. Pembangunan projek Tun Razak Financial Exchange di jalan Tun Razak akan di laksanakan dengan dana 1MDB juga.
6. Selain daripada itu berbillion dollar di urus melalui bank di sebuah Pulau Caribbean.
7. Sahabat saya tentu tahu bahawa dana 1MDB ini berlagak sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan Negara.
8. Banyaklah Negara pengeluar minyak mengadakan sovereign wealth fund daripada lebihan yang didapati setelah menjual beratus juta tong minyak setahun. Kuwait dan Qatar membeli banyak hotel terkemuka dengan wang yang banyak yang ada pada mereka.
9. Malaysia mengeluarkan hanya 650,000 tong sehari dan tidak ada lebihan wang daripada penjualan minyak oleh Petronas. Sebahagian besar keuntungan diserah kepada Kerajaan, selainnya untuk dilabur. Wang yang diserah ini tidak begitu besar.
10. Sebenarnya perbelanjaan Kerajaan lebih daripada pendapatan termasuk sumbangan daripada Petronas. Oleh itu bajet kita menghadapi defisit, bukan lebihan.
11. Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan Negara. Ia dihutang. Berbillion ringgit dihutang yang menambah hutang Negara dengan amat tinggi. Hutang oleh Negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah Negara yang mengalami deficit tiap tahun tidak mungkin bayar hutang sebesar ini.
12. Biasanya dalam Kerajaan kita mengadakan belanjawan – iaitu catitan wang yang akan diterima oleh kerajaan bagi sesuatu tahun serta wang yang akan dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun berkenaan. Pengurusan kewangan Negara perlu ikuti aturan peraturan. Diantaranya ialah kelulusan had siling hutang oleh Dewan Rakyat.
13. Memang saya tidak perhati betul-betul tetapi saya tidak tahu akan peruntukan dalam bajet untuk membeli stesen janakuasa atau pembangunan beberapa projek.
14. Untuk pelajaran kita tidak perlu berhutang. Sejak dahulu lagi kita peruntukkan hampir 25% dari bajet untuk pelajaran. Kita tidak pernah hutang untuk maksud ini.
15. Ada juga cerita-cerita yang merunsingkan berkenaan pembiayaan oleh 1MDB. Saya harap sahabat saya SSK dapat beri butiran lanjut dan dokumen tentang penggunaan 1MDB untuk semua tujuan, termasuk pelajaran.
Komen:
Pedang Allah
September 11, 2014 at 5:41 PM | Permalink
Sebenarnya saya hairan dan rasa pelik dgn PM sekarang ini DSN……… hari tu kata dia sedia dengar teguran TUN M…… kalau setakat sedia mendengarnya tapi tak ikut nasihat dan praktik kan apa yg betul…. tak guna dan tak berubah apa-apa pun…. setakat mendengarnya.
Dan persoalannya adakah DSN PM kita ni ada membaca blog disini atau tidak???? banyak nasihat dan pandangan yg amat berguna untuk beliau sebagai PM.
Atau pun DSN terlalu ego tak bertempat sehingga langsung tak mahu menerima teguran dan pandangan yg baik untuknya dan terutamanya untuk negara yg tercinta ini. Sebagai PM dia adalah “servant” kepada rakyat…… kepada rakyat yang mengundinya sehingga dia masih kekal menjadi PM dan memerintah negara. Dan dia Pm wajib menurut apa kemahuan rakyat yang mengundinya.
Disini siapa yang mengundinya sehingga tetap menang dan kekal sebagai PM???!!! jawapanya tak lain tak bukan ialah orang MELAYU….. tapi kenapa PM DSN pandang sepi permintaan orang melayu yg mengundinya????!!! lagi lagi tetap nak bagi “gula-gula” pada “si mata cepet” dan sebahagian “si hitam manggis”… kononya nak rebut hati mereka…. PM DSN lupakan sahajalah mereka… yg penting org melayu yg mengundi anda yg wajib anda utamakan…..
kalau ini yg anda buat….. pasti anda akan senang…. dan kemudian lambat laun mereka itu “si cepet dan si hitam” akan terpaksa mengundi anda pada masa masa akan datang kerana mereka tersepit atas kerana derhaka. Beri ajaran sikit buat mereka yg tak tahu bersyukur.
DSN jangan sampai apa yg ada banyak dalam tangan keciciran…… yg dikejar sedikit tak dapat dapat….
akhir sekali sekali lagi….DSN tolong hargai kami orang melayu yang mengundi anda dan dengarkanlah apa yang kami Mahu!!!!!!!! bukan dengar “si cepet dan si hitam” apa yg mereka mahu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena