Friday, 16 January 2015

Altantuya - Kes Sirul dibawa ke mahkamah Australia? "Arahan siapa SIRUL AZHAR KENA IKUT"?

Sabtu, 17 Januari 2015
Malaysia mungkin bawa kes Sirul ke mahkamah Australia, kata Wan Junaidi 
Korporal Sirul Azhar Umar yang tidak hadir mahkamah semasa dijatuhkan hukuman mati mungkin akan dirunding oleh pihak berkuasa Australia supaya dapat dibawa balik ke Malaysia dan menjalani hukumannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Januari, 2015.
Korporal Sirul Azhar Umar yang tidak hadir mahkamah semasa dijatuhkan hukuman mati mungkin akan dirunding oleh pihak berkuasa Australia supaya dapat dibawa balik ke Malaysia dan menjalani hukumannya. 

Malaysia mungkin membawa kes Korporal Sirul Azhar Umar ke mahkamah Australia sekiranya negara itu enggan mengekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas itu ke Malaysia untuk menjalani hukuman gantung sampai mati. 


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata hanya mahkamah mempunyai kuasa untuk memutus dan mengeluarkan arahan sama ada Sirul Azhar akan dihantar pulang atau sebaliknya.
Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sebelum mengambil tindakan seterusnya.
"Pada masa ini, kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia masih berusaha berbincang dengan pihak berkuasa Australia untuk mengekstradisi Sirul Azhar," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini.
Selasa lalu, tertuduh pertama C/Insp Azilah Hadri, 38, dan tertuduh kedua, Sirul Azhar, 43, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan kerana membunuh model sambilan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu 9 tahun lepas.
Bagaimanapun Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia. Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Akhbar hari ini pula memetik laporan akhbar Sydney Morning Herald kerajaan Australia tidak akan memenuhi permohonan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi kerana ia melibatkan hukuman mati dan Australia merupakan antara negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya. – Bernama, 16 Januari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/


JIKA BENAR apa yg dikatakan ibu Sirul itu dlm temuramah kpd Wartawan Sinar Harian pada 14/1/2015,

Persoalannya,

"ARAHAN SIAPA YG SIRUL AZHAR ITU KENA IKUT"?

Apa sebenarnya yg telah berlaku dlm Kes Pembunuhan Altantuya !!!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena