Malaysia Baru Adalah Harapan Bersama
Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
"MALAYSIA BARU ADALAH HARAPAN BERSAMA"
1. Di kesempatan hari baik dan bulan yang baik ini saya ingin mengajak kepada seluruh umat Islam untuk menunjukan adab,akhlak dan perlakuan Islam yang mencerminkan keindahan Islam dan menjadi contoh kepada seluruh umat.
2. Kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama mengambil semangat aidil fitri bagi memberi Harapan Baru kepada Malaysia dan generasinya. Perpaduan, amanah dan kejujuran adalah dituntut untuk saya dan seluruh rakyat Malaysia menterjemahkan dalam usaha bersama membina dan membangunkan semula Malaysia yang tercinta.
3. Moga sinar aidil fitri akan memberi Harapan Baru untuk kita semua menghayun langkah ke hadapan dengan mewarnai perubahan untuk sebuah Malaysia yang baru mendepani zaman.
4. Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat dalam Parlimen Pokok Sena atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Malaysia. Anda semua di hati ku dan Malaysia Baru adalah harapan bersama.
Salam Aidilfitri,
Mohon maaf zahir batin.
DATO' MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.
Ahli Parlimen Pokok Sena.
1 Syawal 1436H
17 Julai 2015.
0 comments:
Post a Comment