Wednesday, 3 August 2016

[Video] Ananda Krishnan, Boss Maxis Kena Waran Tangkap di India...Apa sikap kita?

Rabu, 3 Ogos 2016



Waran tangkap Ananda Krishnan oleh India, apa sikap kita?


Pemuda Amanah Nasional mempersoalkan sikap pihak polis negara ini selepas waran tangkap dikeluarkan Biro Penyiasatan India (CBI) kepada Ananda Krishnan berhubung penggubahan wang haram di negara tersebut.
"Kita tidak tahu sama ada bakal muncul 'Malaysian Official 2' atau 'Malaysian Official 3' pula dalam versi jenayah kali ini.
Apa yang pasti, Ketua Polis Negara awal-awal lagi telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak polis tidak mempunyai sebab untuk membuat tangkapan terhadap Ananda.
Tidaklah pelik memandangkan 'Malaysian Official 1' yang Ketua Polis Negara cukup maklum itu pun masih sunyi dan sepi daripada tindakan susulan," kata naib ketua pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin.
Orang ramai katanya, tertanya-tanya apakah wujud pilih kasih dalam soal siasatan jenayah berskala mega seperti ini?
"Tiadakah mana-mana anggota polis yang mahu membuat laporan polis untuk membuat tangkapan seperti mana biasa yang dibuat untuk menjustifikasikan tangkapan rambang terhadap pihak-pihak yang kritikal, khususnya dalam siri-siri himpunan aman?"  soalnya.
Menurut beliau, selagi wujud budaya siasatan terpilih seperti ini, rakyat hampir pasti akan terus dimangsakan hari demi hari.
"Usah dibincangkan tentang bilion ringgit dana negara yang telah lesap kerana boleh jadi penguatkuasaan undang-undang sedia ada 'tidak laku' untuk memaksa orang-orang seperti Jho Low dan 'Malaysian Official 1' dihadapkan ke mahkamah.
"Entah lah, kekecewaan dan marah itu sudah teramat biasa di fasa ini.
"Tapi perlawanan melawan tirani terhormat ini akan terus dan tidak akan berhenti," tegasnya.
Kes Ananda ini bakal menjadi mimpi ngeri terbaru Barisan Nasional,
Ananda sebagai taikun telekomunikasi dikenali cukup rapat dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan telah memberikan pinjaman sebanyak RM2 billion kepada 1MDB untuk 'membantu' syarikat kepunyaan penuh Kerajaan Malaysia itu akhir tahun lalu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena