Friday 12 August 2016

[Video] FAM 'kena' tamparan hebat! Hak Malaysia anjur kongres Fifa ditarik balik & Rasuah 30 tahun FAM dalam 'pendrive' ini - TMJ

Jumaat, 12 Ogos 2016

TMJ: Rasuah 30 tahun FAM dalam 'pendrive' ini

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini mendakwa berlaku amalan rasuah berpanjangan dalam FAM, sehingga 30 tahun.
Beliau mendakwa mempunyai butiran lanjut, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, pengambilan duit kelab dan laporan audit yang didakwa “merepek”
“Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya.
“Ini adalah 'pendrive' diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP ( Usahawan Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia ) dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.”
Dalam kenyataan di Facebook rasmi JDT, Tunku Ismail menunjukkan satu 'pendrive' sambil melontarkan senyuman.
Susulan persaraan empat pemain JDT daripada skuad kebangsaan, beliau berkata, reaksi balas terhadap perkara itu seolah-olah mereka tidak pernah berkhidmat dan mencapai kejayaan bersama Harimau Malaysia.
Sebelum ini Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Amirul Hadi Zainal dan S Kunanlan mengumumkan persaraan, yang menimbulkan pelbagai spekulasi mengenainya.
"Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda (pengkritik) harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu 'terima kasih'.

“Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja,” katanya.
TMJ juga seakan memberi amaran kepada pengkritiknya supaya berhati-hati dengan memetik pesanan seorang pegawai askar kepadanya.
“Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, 'jangan diajak penembak tepat pergi menembak',” kata lulusan sebuah akademi tentera di India itu.

Mengulas kontroversi itu, TMJ mengingatkan bahawa “duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja”.

“(Duit rakyat) nukan untuk bola sepak dan kepentingan politik. Sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan," kata Tunku Ismail.

Walaupun telah beberapa kali membuat dakwaan berkaitan, ini kali pertama TMJ mendakwa mempunyai bukti.

Malaysiakini.

Hak Malaysia anjur kongres Fifa ditarik balik

FAM sekali lagi menerima tamparan hebat apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) membatalkan hak penganjuran Kongres Fifa yang dijadual berlangsung di negara ini tahun depan.
Keputusan itu dibuat susulan kegagalan badan induk bola sepak negara gagal memberi jaminan untuk semua deligasi dari setiap negara memperolehi visa masuk ke Malaysia.
Difahamkan, keputusan pembatalkan itu dibuat dan dimaklumkan FAM pada Selasa lalu.
Kongres Fifa 2017 itu dilihat penting apabila turut melibatkan pengundian Piala Dunia 2026.
FAM kini berdiam diri berhubung perkara itu dan dijangkan akan membuat pengumuman selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif, Isnin depan.
Malaysia mendapat hak sebagai tuan rumah kongres tersebut pada Disember 2013.
Antara alasan Fifa susulan pembatalan itu termasuk kesukaran yang mungkin dihadapi oleh delegasi negara tertentu seperti Israel.
Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dan rakyat tidak bebas untuk mengadakan perjalanan melibatkan kedua-dua negara.
Bagaimanapun, tahun lalu menyaksikan Malaysia menyambut wakil dari seluruh dunia pada penganjuran Kongres Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.
Selain itu, pemerhati bola sepak turut beranggapan keputusan Fifa itu juga dipengaruhi isu yang melanda badan bola sepak negara sejak kebelakangan ini.
Antaranya lapor portal fourfourtwo.com dakwaan pembabitan rasuah melibatkan FAM oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sehingga memberi kesan kepada kemelut kepimpinan tertinggi.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi FAM untuk mengulas lanjut berhubung isu penarikan hak penganjuran kongres tersebut.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena