Friday, 11 November 2016

[Video Bersih 5 bersama Parti Keadilan Rakyat] Maria terima lagi ugutan, kali ini 'kepala dipancung'.

Sabtu, 12 November 2016

Maria terima lagi ugutan, kali ini 'kepala dipancung'

Menjelang perhimpunan BERSIH5 Sabtu depan, Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah menerima satu lagi ugutan ke atas nyawanya.
Namun berbeza dari ancaman yang diterima bulan lalu melalui sekeping gambar yang memapar seorang lelaki memegang pisau berdekatan 'lehernya', kali ini, gambar yang dihantar menunjukkan ‘kepalanya’ telah dipancung.
Memandangkan gambar yang begitu ngeri yang diterima melaui Whatsapp itu, Maria enggan berkongsinya dengan Malaysiakini.
"Saya tidak beritahu anak-anak mengenai gambar itu. Ia begitu ngeri,” katanya.
Selain Maria, gambar tiga anak lelaki beliau serta ahli sekretariat BERSIH, Mandeep Singh dan Pengerusi Persatuan Hak Asasi Malaysia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan juga dipaparkan dengan ‘kepala’ mereka dipancung.
"(Mesej ini) dihantar pada jam 12:49 am tetapi saya hanya melihatnya pada pukul 4.30 pagi.
“Kali ini tiada mesej - hanya gambar,” katanya.
Maria, bagaimanapun, menolak bahawa ini adalah ancaman oleh kumpulan pengganas Negara Islam (IS).
"Ini seolah-olah dilakukan oleh orang yang tidak mahu kami untuk meneruskan perhimpunan dan konvoi," katanya.
Namun, katanya, himpunan Sabtu depan akan tetap diteruskan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena