KEBODOHAN 1:
Demokrasi Berpelembagaan atau Raja Berperlembagaan ??!!
Adakah pencacai2 Jamban Baju Merah yg dikepalai Jamal Pak Tongkol yg buta Perlembagaan Malaysia??
KEBODOHAN 2:
EJA 'Berpelembagaan' pon salah.. Sepatutnya 'Berperlembagaan'.
Demokrasi Berpelembagaan atau Raja Berperlembagaan ??!!
Adakah pencacai2 Jamban Baju Merah yg dikepalai Jamal Pak Tongkol yg buta Perlembagaan Malaysia??
KEBODOHAN 2:
EJA 'Berpelembagaan' pon salah.. Sepatutnya 'Berperlembagaan'.
#KonvoiBersih di Dataran Pahlawan, Melaka.
PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG MENOLAK DAKWAAN KETUA PENERANGAN UMNO TAN SRI ANNUAR MUSA BAHAWA DAP ADALAH PUNCA PERPECAHAN MEREKA
Ahli jawatankuasa DAP Selangor Edry Faizal Yusof menolak dakwaan Annuar dan menyifatkan ia sebagai “teori konspirasi” untuk menyedapkan hati kerana ramai anggota Umno didakwa tidak mahu bersama parti Melayu itu.
“Pemimpin-pemimpin Umno kena berhenti tipu diri sendiri. Mereka cipta pelbagai teori konspirasi untuk sedapkan hati mereka selepas ramai ahli Umno sendiri sudah tak mahu bersama Umno.
“Pemimpin Umno kena terima hakikat Melayu bukan berpecah. Cumanya ramai Melayu yang bersama Umno dulu sudah serik dan tidak mahu bergelumang dengan puak kleptokrat dan korup, lalu mereka berhijrah memilih haluan lain,” katanya.
Tambahnya lagi, kini anggota Umno sendiri turut bangun melawan partinya sendiri.
“Boneka sebenar ialah mereka yang terus menipu diri sedang tangan dan kakinya digerakkan tok dalang bernama Malaysian Official 1 (MO1),” katanya.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali pula berkata, ekoran usaha berterusan Umno untuk memburuk-burukkan DAP, beliau mencadangkan seperti yang berikut kepada pemimpin Umno berkenaan:
“Alang-alang beliau membuat tuduhan tak berasas yang DAP sedang infiltrasi dalam parti-parti pembangkang yang lain, mengapa tidak katakan sahaja bahawa Najib ke China dan menandatangani 14 perjanjian sebagai agenda DAP?
“Jadi, tak perlulah susah-susah lagi. Beritahu sahaja kepada rakyat Malaysia, uar-uarkan di media yang Najib ke China dan lakukan kerjasama dengan negara berideologi komunis itu atas percaturan DAP. Kan lebih mudah!,” katanya lapor Malaysiakini.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menolak dakwaan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa bahawa DAP punca PAS berpecah.
“(Berdasar) pengalaman lampau, Umno yang memecahkan PAS. Sejarah tumbangnya PAS di Kelantan dan Terengganu hasil pertembungan dengan Umno.
“Namun tindakan campur tangan DAP serta sikap menentang dasar dan perjuangan PAS menyumbang kepada apa yang berlaku,” katanya kepada Malaysiakini.
Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas dakwaan Annuar bahawa DAP cuba memecahkan Melayu dengan meletakkan calon pilihan mereka dalam parti pembangkang termasuk PAS.
Bagaimanapun, katanya, walaupun DAP tidak meresap dalam PAS, parti itu berjaya menarik “serpihan PAS” sebagaimana yang berlaku.
Sebelum ini perpecahan dalam PAS berlaku sehingga Parti Amanah Negara (AMANAH) ditubuhkan selepas sebahagian pemimpin parti Islam itu tidak berpuas hati dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PKR pula menyifatkan Umno kini terpengaruh dengan dengan propaganda sendiri.
“Saya ingin ingatkan Annuar Musa, pendekatan boneka ini ialah cara Umno terhadap parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional.
“Annuar Musa nampaknya terpengaruh dengan propaganda ciptaan BN sendiri iaitu ‘DAP memperkudakan’ parti-parti lain di dalam Pakatan.
“Kalau inilah bentuk serangan terbaru Umno, nampaknya parti pemerintah berhadapan dengan krisis defisit isu yang parah,” kata Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin.
Jelasnya, Pakatan sentiasa mengutamakan pendekatan konsensus dalam setiap proses membuat keputusan dan termasuk hal berkaitan pilihan raya.
Semalam Annuar mendakwa DAP kini cuba memecahkan Melayu dengan meletakkan calon pilihan mereka dalam parti pembangkang.
Dakwanya, langkah itu sebagai usaha DAP memerintah negara secara senyap dan menjadikan wakil Melayu ‘sebagai boneka’.
Jelasnya, strategi DAP kini adalah meletakkan calon mereka dalam PKR, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Selain itu dakwanya DAP cuba memecahkan orang Melayu dengan menjalinkan kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.
Ia katanya, bagi memastikan DAP dapat menumbangkan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
MALAYSIAN REVIEW
0 comments:
Post a Comment