Friday, 11 November 2016

[Video Zuraidah DEDAH KEBOROSAN Najib & Rosmah!] Hubungan Malaysia-China: Melayu dilatih miliki tabiat 'ikan'..."Kini negara China pula menjadi tempat sandaran maruah bangsa Melayu!"

Sabtu, 12 November 2016


Image result for Foto Najib money is king

Kini negara China pula menjadi tempat sandaran maruah bangsa Melayu dan negara Malaysia.
Kini negara China pula menjadi tempat sandaran maruah bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Hubungan Malaysia-China: Melayu dilatih miliki tabiat 'ikan'

Tan Sri Sanusi Junid
Tan Sri Sanusi Junid
Tabiat' bangsa Melayu seperti seekor ikan yang akan 'melompat' ketika tuannya memberi makan antara sebab negara China hari ini bersedia menjalinkan kerjasama dengan Malaysia, kata bekas veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid.
Beliau berkata bangsa Melayu tanpa mengira kedudukan dan pangkat akan 'melompat' seperti ikan apabila mendengar ada 'King' yang membawa 'cash'- dalam budaya 'cash is King.'
"Apabila negara China melihat budaya 'Cash' atau wang boleh menjadi 'King' atau raja, maka terlintaslah di hati mereka untuk menawarkan 'Cash' kepada 'ikan-ikan' di Malaysia kerana mereka tahu 'budaya Wang' boleh membeli segala-galanya  itu sudah mula menular dalam darah daging bangsa Melayu.
"Apabila idea 'Cash is King' sudah menjadi budaya maka yang ada 'Cash' akan menjadi tuan. Dan yang paling banyak 'Cash' di dunia masakini ialah negara China, maka bangsa Melayu dalam Umno perlu bertanya sama ada mereka sudah sanggup mengorbankan ketuanan Melayu untuk menerima, bukan China Malaysia sebagai tuan, tetapi 'Ketuanan Bangsa China di Komunis China?," soalnya ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini.
Beliau berkata demikian dalam blognya hari ini yang menceritakan ketika beliau menjawab Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar semasa melawat ke Vietnam pada 1989 untuk menghadiri satu persidangan Center fot Integrated Rural Development for Asia and the Pasific (CIRDAP).
Beliau dan delegasi negara berkesempatan melawat rumah Ho Chi Minh dan diberitahu pegawai pemandu kediaman tersebut bahawa Ho Chi Minh sangat gemar kepada ikan dan amalannya setiap pagi ialah untuk pergi ke tepi kolam dan memberi makanan kepada ikan. Tetapi, sebelum makanan dicampak ke dalam kolam Ho Chi Minh terlebih dahulu menepuk tangannya.
Dari pemerhatian tabiat ikan dalam kolamnya inilah Uncle Ho (nama kegemaran untuk rakyat Vietnam) melihat satu persamaan dengan perangai manusia. Manusia, seperti ikan, akan mendatangi apabila ada saja signal yang menunjukkan tanda dan arah satu-satu habuan dapat diperolehi olehnya.
Cerita Sanusi lagi, berasaskan kesedaran sikap manusia yang sedemikian maka Ho Chi Minh telah melatih kader-kader parti komunisnya sehingga budaya mengikut tanpa berfikir, dan hanya kerana dorongan kepuasan nafsu, seperti ikan, tidak menjadi budaya pejuang tentera gerila Vietnam yang mahu menang mengalahkan Amerika Syarikat.
Oleh itu usaha menawarkan kemewahan, pujian, pangkat sumber kepuasan nafsu seksual, oleh pihak musuh, tidak mempengaruhi pejuang Vietnam; dan minoriti yang terpengaruh dengan budaya ikan dapat dimusnahkan oleh pejuang Vietnam.
"Sudah tentu semua ikan yang melompat waktu kami melawat kolam ikan itu pada tahun 1989 bukanlah ikan yang sama dengan yang diberi makan oleh Ho Chi Minh 20 tahun lebih yang lalu, sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1969.
"Jawab pemandu kami, ikan-ikan ini adalah lebih dari 20 keturunan ikan yang terdahulu. Kini kita tidak perlu beri makanan lagi kepada ikan di kolam jika kita mahu ikan itu melompat; kita hanya perlu menepuk tangan. Sebabnya ialah kerana respon 'melompat apabila mendengar tepukan sudah menjadi budaya kepada ikan di kolam Ho Chi Minh. Keadaan ikan di dalam kolam tidak lagi menunggu makanan tetapi sekadar menunggu tepukan saja untuk mereka melompat,' ujarnya.
Justeru terang Sanusi lagi, semua pemimpin China di berbagai peringkat yang berfahaman komunis seperti fahaman Ho Chi Minh, sudah tentu mempelajari pengalaman yang luar biasa yang dilalui oleh Ho Chi Minh dari perangai ikan di kolamnya.
"Pakailah songkok, kupiah atau mahkota, dan bawalah keris, pedang atau apa jua senjata, asal kita tidak menjadi budak kepada negara lain.
"Dulu Amerika Syarikat menjadi pelindung pemimpin kita sehingga kerajaan Malaysia sanggup mengorbankan kepentingan negara dengan menantangani TPPA.
"Kini negara China pula menjadi tempat sandaran maruah bangsa Melayu dan negara Malaysia.
"Pemberian BR1M sebagai 'dedak', jika banyak dipanggil 'derma', dalam bentuk-bentuk lain juga, jika berterusan, akan menjadi satu latihan dalam menyuburkan budaya bangsa Melayu untuk patuh kepada yang memberi secara tidak ikhlas, dan dipenghujungnya siapa yang tepuk tanganlah yang menjadi tuan kepada bangsa Melayu yang sudah biasa dimanjakan untuk menerima 'hadiah' sebagai upah untuk mendapat sokongan.
Tulis Sanusi lagi, ketika Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengisytiharkan penerimaan RM2.6 billion sebagai 'derma' dari kerabat di raja Arab, walaupun sebenarnya disalurkan melalui beberapa syarikat yang menerimanya dari 1MDB, untuk kegunaan Umno ujarnya, yang bercanggah dengan akta pertubuhan.
"Saya telah bertanya apa sikap kerajaan jika Negara China meng'hadiah'kan berlipat kali ganda kepada parti DAP yang dipimpin oleh China.
"Tetapi negara China lebih bijak kerana mereka tahu tidak ada gunanya mereka membiayai DAP, yang menentang rasuah, untuk menubuhkan kerajaan kerana DAP, jika menang semua kerusi yang ditandinginya sekalipun, tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan.
"Republik Rakyat China memilih untuk 'memberi makan dan layanan kepada ikan Yu yang lebih besar dan memegang pemerintahan.
"Mungkin dengan 'derma' yang cukup lumayan besar, melalui projek yang berharga dilipatgandakan ikan yang kenyang akan mengorbankan masa depan bangsa dan negaranya," tulisnya.
Sebagai rekod  dalam lawatan kerja Najib baru-baru ini,  negara  telah memperkukuhkan  kerjasama ke China dengan memeterai 14 perjanjian usaha sama antara Malaysia dan China yang bernilai RM144bilion.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena