Saturday, 5 November 2016

[Video TERGAGAP!!! Zahid TAK JAWAB soalan MANA JHO LOW?] Jawapan menteri tak masuk akal..."Abah dah gaji kan? Jom belanja kami makan sardin".

Ahad, 6 November 2016

1996: Abah dah gaji kan? Jom belanja kami makan KFC.

2016: Abah dah gaji kan? Jom belanja kami makan sardin.

MASIH ANDA INGAT..!!

"GST bukan bertujuan membebankan rakyat", -Najib Razak, 29/11/2014.

"Orang kaya sahaja kena GST", -Ahmad Maslan, 28/3/2014.

Jawapan menteri tak masuk akal, hanya malukan institusi Parlimen – Tony Pua

tonypua
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Hakikat bahawa menteri-menteri UMNO BN boleh memberi jawapan sambil lewa dan tidak masuk akal dalam sidang Parlimen melambangkan keruntuhan institusi demokrasi berparlimen di negara ini.
“Dengan kabinet dipenuhi mereka yang tiada rasa malu, tidak hairanlah mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih memegang kuasa walaupun didakwa dengan rasuah dan penyelewengan,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim semalam dalam sidang Parlimen bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menyoal anak tiri Najib, Riza Aziz walaupun dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB.
“Bagi SPRM, Riza tidak berada dalam siasatan rasuah, jadi SPRM tidak perlu menahannya untuk disoal siasat walau beliau dikaitkan dengan DOJ seperti disebut orang ramai,” kata Razali.
Apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mencelah dan menyoal tentang dakwaan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat bahawa Riza membeli barangan mewah di luar negara menggunakan dana 1MDB, Razali menyatakan, “Apa salahnya jika orang yang banyak duit beli barang?”
Kesal dengan jawapan menteri tersebut, Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata ia jelas menunjukkan bahawa penyelewengan dana awam yang sepatutnya diuruskan kerajaan dengan baik langsung tidak dianggap penting oleh pemimpin-pemimpin UMNO BN.
“Apabila menteri boleh lepas tangan dengan jawapan tidak masuk akal begitu dalam badan legislatif tertinggi negara, maksudnya sudah ranaplah institusi demokrasi di Malaysia.
“Satu-satunya cara untuk menyingkirkan Najib dan Barisan Nasional dari tampuk kuasa adalah menerusi peti undi, biarpun rakyat Malaysia terpaksa berhempas-pulas bagi menghapuskan masalah sistem pilihan raya tidak adil terlebih dahulu,” katanya.
DOJ pada Julai lalu menamakan beberapa nama dalam tindakan sivilnya bagi menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dikaitkan dengan konspirasi pengubahan wang haram dari dana syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB.
Ia termasuk Riza Aziz dan ahli perniagaan Jho Low yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Najib – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena