Monday 9 January 2017

Dr M - Walau baca Bismillah, babi tetap haram & Kerajaan tidak boleh 'haramkan ketawa' - Zunar

Isnin, 9 Januari 2017
Image result for Kartun Zunar mengenai rasuah
151123-MY-ZUNAR620

Kartunis Malaysia Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, bercakap kepada BeritaBenar di Washington. 20 November 2015.

'Kerajaan Tidak Boleh Haramkan Ketawa' - Zunar

Kemaskini pada 11.30 petang, ET - 2015-11-24
Ketawa boleh menjadi satu bentuk protes, kata kartunis Malaysia Zulkiflee Anwar Ulhaque - yang lebih dikenali sebagai Zunar. Kritikan visual beliau yang berani terhadap kerajaan telah membawa pada kepada hasil kerjanya.

"Jika anda tidak sukakan mereka, ketawakan mereka. Kerajaan tidak boleh membuat undang-undang untuk mengharamkan ketawa, " kata Zunar kepada BeritaBenar dalam satu temu bual di Washington DC.

Kartunis berusia 53 tahun itu bakal menerima Anugerah Kebebasan Akhbar Antarabangsa minggu ini daripada Jawatankuasa bagi Melindungi Wartawan, sebuah pertubuhan antarabangsa yang menggalakkan kebebasan akhbar. Anugerah itu mengiktiraf keberanian wartawan dalam menghadapi ancaman.

Zunar didakwa dengan sembilan pertuduhan hasutan dan kini menghadapi hukuman penjara selama 43 tahun kerana menulis tweet yang mengecam tindakan memenjarakan  ketua pembangkang Anwar Ibrahim atas pertuduhan liwat.

Ramai yang melihat  perbicaraan itu sebagai helah untuk menghapuskan saingan politik yang kuat bagi gabungan parti Barisan Nasional, yang berkuasa sejak 1957. Tetapi, perbicaraan kes hasutan Zunar kini ditangguhkan.  Pasukan peguam Zunar telah mencabar Akta Hasutan Malaysia dengan alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan negara, yang menjamin kebebasan bersuara. Mahkamah dijadual mendengar permohonan untuk mencabar pada 15 Disember.

Zunar - yang kartunnya disiarkan setiap hari dalam portal berita Malaysiakini – menganggap sembilan tuduhan hasutan itu sebagai cubaan untuk menutup mulut beliau buat  "selama-lamanya" selepas kempen bertahun-tahun yang dilancarkan terhadapnya.
BeritaBenar

Walau baca Bismillah, babi tetap haram - Dr M

Walaupun selepas membaca kalimah Bismillah, daging yang haram umpamanya seperti babi, masih tetap haram untuk dimakan oleh umat Islam, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tetapi, katanya jika seseorang itu tahu makanan yang dihidang itu haram tetapi tetap menjamahnya, maka perbuatan itu adalah salah di sisi agama.
Begitu juga katanya, duit yang dicuri masih adalah duit haram dan tidak boleh dihalalkan dengan menggunanya untuk ibadat.
“Kita semua maklum bahawa jika kita termakan makanan yang haram bagi orang Islam (daging babi umpamanya) maka kita tidak bersalah.
"Makanan yang haram tidak akan menjadi halal kerana dihidang selepas baca doa selamat, atau bertahlil," katanya dalam tulisan terbaru di blog.
Menurut Mahathir, sesuatu yang salah itu tetap salah dan tidak boleh dihalakan walaupun oleh golongan yang bergelar mufti mahupun ulama.
"Apakah hanya dengan dihalalkan oleh orang yang bergelar Mufti, maka yang haram itu menjadi halal. Kalau nak terima duit curi untuk buat kerja haji, terimalah.
"Saya tak akan terima walau apa pun tohmah dilempar kepada saya," katanya.
Walaupun tidak menyatakan sebarang nama, Dr Mahathir dipercayai merujuk kepada kenyataannya sebelum ini bahawa jemaah haji tajaan 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan dana yang dicuri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kata Mahathir, jemaah haji di masa depan tidak lagi boleh berpura-pura jahil mengenai wang haram daripada dana yang digunakan untuk menghantar mereka ke Mekah.
"Kalau kamu pergi dan buat haji dengan duit curi, itu macam dah tahu pinggan penuh dengan makanan haram, you makan juga. Tapi kalau tak tahu, okeylah. Tapi sekarang kamu tahu duit ini dicuri," katanya.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, hanya mereka yang bertujuan membodek orang tertentu sahaja yang akan halalkan wang yang dicuri oleh kerajaan.
"Kalau menyatakan wang dicuri tidak boleh biayai ibadat haji adalah percubaan menjadi Tuhan, kenyataan itu menunjuk kekerdilan akal fikiran.
"Pangkat tidak boleh membetulkan pendapat yang salah. Pencuri berpangkat masih pencuri," jelasnya.
Sementara itu, Utusan Online memetik Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman sebagai berkata, Mahathir tidak sepatutnya memburuk-burukkan golongan ulama termasuk mufti dengan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap mereka.
Menurutnya, beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan politik apabila menyampaikan pandangan secara umum yang dibuat berdasarkan fakta untuk diketahui rakyat.
“Apa yang saya sampaikan sebelum ini adalah untuk pengetahuan masyarakat umum dan tidak menyerang peribadi sesiapa termasuk Dr. Mahathir.
"Saya hanya sampaikan apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
“Saya tidak kisah jika sesiapa pun termasuk Dr. Mahathir hendak menyerang peribadi saya, tetapi janganlah menyentuh agama kerana memburuk-burukkan ulama, seolah-olah memburuk-burukkan agama,” katanya.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga kesal dan enggan membuang masa melayan tuduhan Mahathir, sebaliknya menegaskan terpulang kepada bekas perdana menteri itu dengan pandangannya.
“Kalau beliau tidak mahu minta maaf dan berpegang kepada pendiriannya, itu terpulanglah kepada beliau. Saya tak mahu campur lagi dalam isu ini,” katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena