Monday, 9 January 2017

[Video Nazri: MCA tiada hak...] Perkasa Mahkamah Syariah melalui parlimen, bukan padang ceramah..."Nak mengundi Ahli Parlimen, bukan pelawak@pewalak tu".

Isnin, 9 Januari 2017

Perkasa Mahkamah Syariah melalui parlimen, bukan padang ceramah

Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju dengan usaha memperkasakan Mahkamah Syariah namun mereka berpendapat saluran parlimen perlu digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan usaha itu.
Sehubungan itu, parti itu telah dan akan memberikan pandangan dan cadangan pindaan yang konstruktif berkaitan usul persendirian RUU355 yang ingin dibawa ahli Parlimen Marang, kata timbalan presidennya, Salahudin Ayub ketika Pas membuat keputusan untuk membuat perhimpunan raksaksa di ibu negara mengenainya.
Kata Salahudin, satu usul yang mengandungi cadangan-cadangan bagi mencapai maksud memperkasa peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pada sesi belanjawan tahun lepas.
Kandungan dan maksud usul tersebut adalah jelas dan nyata, katanya.
"Pendirian serta cadangan Amanah berhubung usul RUU355 akan diberikan di Parlimen apabila usul ini diterima untuk dibahaskan pada mana-mana sesi parlimen akan datang.
"Amanah berpandangan Parlimen adalah pentas yang paling sesuai untuk usul ini dibentang dan dibahaskan," kata Salahudin dalam kenyataannya hari ini.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengumumkan akan membuat himpunan raksaksa bagi menyokong usul RUU355 itu.
Ia dibuat selepas kedua kalinya beliau memohon perbahasan usul itu ditangguhkan selepas membentangkan pindaannya di Dewan Rakyat.
Baru-baru, timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan partinya akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran bagi menerangkan isu itu.
Ia akan diadakan pada 18 Feb depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai khususnya umat Islam mengenai pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355.
Tuan Ibrahim berkata platform itu akan diguna untuk memperjelaskan kewajaran usul Rang Undang-Undang Persendirian yang dibawakan Abdul Hadi berkaitan pindaan akta itu dan mengapa ia mesti disokong oleh semua umat Islam, khususnya anggota Parlimen.
Beliau mensasarkan 300,000 akan menyertai perhimpunan itu.
Sebelum ini, himpunan didakan peringkat negeri Pahang namun tanpa kehadiran Ketua Dewan Ulama Pahang, Mokhtar Senik yang sedang dilanda kontroversi.




Jawapan matang & sejahtera dari salahuddin. Pas sibuk ngeteh kat london, nak berhimpun kat stadium & entah hapa2 lagi kerja mengarut. Yg nak mengundi ialah ahli parlimen, bukan pelawak@pewalak tu. Tapi kat parlimen usul tu pun masih tak tentu hala setelah berbulan2 ditangguh. Pas gagal sbb dia syok sendiri ke sana ke mari. Tetapi kumpulan sasarannya, iaitu ahli2 parlimen yg akan mengundi ruu 355 diabaikan. Nancy shukri bn pun kata tak tau menahu mengenainya. Kpd bukan islam pulak pas kata tak ada kena mengena....tapi nak jugak depa undi ruu 355. 
Ajak amanah n dap ke stadium? Hahaha...saya tercium bau longkang.

    0 comments:

    Post a Comment

    Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
    SILA LAYARI
    Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
    PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    Popular Posts

    © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena