Monday 9 January 2017

[Video] Tun M 'DEDAH' Perangai Buruk Sharil PENGERUSI FELDA! & POKCIK MOKCIK Felda tahu ker tak Isa Samad menerima elaun RM1.8juta setahun.

Isnin, 9 Januari 2017

Foto Suara Rakyat.
INILAH UMNO yg pertahankan Ketuanan Melayu !!
Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusi FGV walaupun seorang Pengerusi bukan eksekutif TETAPI BOLEH TERIMA elaun RM1.8juta setahun ataupun bersamaan RM150,000 sebulan!

FAKTA:
1) Isa Samad, Pengerusi Felda (180,000 unit saham FGV)
2) Noor Ehsanuddin, MP-BN Kota Tinggi (150,000 unit saham FGV)
3) Peneroka kerja puluh2 tahun (800 unit saham shj)

POKCIK MOKCIK Felda tahu ker tak Tan Sri Isa menerima elaun & saham sebanyak tu atas keringat dan kesusahan mereka?

Kalau dah tahu TAPI tetap undi BN... mmg bodoh namanya.
Image result for Gambar Isa samad

Shahrir Dilantik Pengerusi Felda Setelah Felda Hampir Bangkrap dikerjakan Isa Samad?

Pengumuman mengejut perdana menteri mengenai pelantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai pengerusi Felda mengesahkan bahawa isu-isu yang ditimbulkan mengenai kewangan agensi itu adalah benar.

Pembangkang telah memulakan pendedahan bersiri mengenai kepincangan kewangan Felda tiga minggu lalu, tidak ada satu pun kenyataan rasmi dari Felda atau pengerusinya ketika itu, Tan Sri Isa Samad bagi menjawab angka-angka berkenaan.

"Pelantikan mengejut Tan Sri Shahrir Samad seakan-akan mengesahkan masalah kewangan yang meruncing yang dialami Felda dan menjunamnya sokongan peneroka Felda sendiri kepada Umno ekoran prestasi Tan Sri Isa Samad yang tidak memberangsangkan dan tidak popular.

Shahrir Samad bukanlah calon yang baik untuk menguruskan Felda yang berbillion ringgit namun pelantikannya hanya untuk mengalihkan isu kewangan Felda yang semakin meruncing setelah dikerjakan secukupnya oleh Isa Mad laki bini


Bagaimana Shahrir mahu menjelaskan kepada peneroka dan rakyat keputusan Felda yang diketui oleh Isa Samat membeli 37 peratus pegangan dalam syarikat perladangan Indonesia, Eagle High Plantations yang didakwa dimiliki sahabat baik perdana menteri pada harga tiga kali lebih tinggi.

Kini Felda tiada wang dan tidak juga mempunyai kuasa penentu dalam membuat keputusan di dalam syarikat baru itu (walaupun mempunyai saham terbesar.

Shahrir juga perlu menjawab mengenai prestasi kewangan Felda yang merudum sejak 2013, hutang mencecah RM6 bilion dan rizab wang tunai yang didakwa susut kepada RM291 juta bagi tahun kewangan 2014.

Semalam, Shahrir diumum sebagai pengerusi baru Felda, manakala Mohd Isa yang telah tamat tempoh perkhidmatannya akan memegang jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd.

Menurut Najib, di bawah kepimpinan Mohd Isa, FELDA telah menjayakan banyak aktiviti kemasyarakatan serta program-program bagi meningkatkan kualiti hidup peneroka dan keluarga mereka. 


 Yang teraniaya daripada keseronokan Isa Samad laki bini dan kroni-kroni mereka berjoli sakan dengan wang ringgit Felda adalah para peneroka. Masa FGVH lancarkan saham dulu, para peneroka digalakkan oleh kerajaan UMNGOK untuk ambil beli saham. Kononnya, untung lebih maa...

Para peneroka diberitahu, jangan takut sebab kerajaan akan jamin saham-saham mereka. Harga pasti meningkat dan para peneroka akan dapat untung besar. Isa Samad laki bini dan kroni-kroninya bukan main lagi berkempen nak menipu para peneroka.

Bila dilancarkan, bank-bank segera masuk ke perkampungan Felda, untuk menawarkan pinjaman kepada para peneroka bagi membeli saham. Terpesona, ramai yang mengambil tawaran tersebut. Yang cerdik sedikit, terus jual balik saham-saham berkenaan kepada pihak bank. Sekaligus, kerugian sedikit sahaja dalam bentuk upah. Yang kurang cerdik - dan inilah yang paling kuat menyokong UMNOK - terus pegang saham tu.

Sekarang, para peneroka yang masih pegang saham FGVH kena top-up kerana harga sahamnya tidak pernah naik-naik. Pengapungan yang dibuat, kononnya akan menambahkan lagi pendapatan Felda, bertukar menjadi kerugian. Ditokok dengan kerugian daripada perangai penyamun Isa Samad laki bini, yang menerima kesannya adalah para peneroka dan kaum keluarga mereka.

Kalau 1MDB bakal menyaksikan Malaysia kehilangan GLC-GLC kepada pihak asing kerana Najib  telah mencagarkan aset-aset serta saham-saham GLC negara kepada pihak asing menerusi jualan bon 'kedaulatan', Felda juga akan menyaksikan, para peneroka akan terpaksa menjadi buruh paksa atau hamba tebusan orang asing yang menguasai saham-saham Felda apabila harga sesaham ditekan untuk menjadi lebih rendah dan para pemegang tempatan terpaksa melepaskan pegangan masing-masing.

Cerdik ke tidak para penyamun yang merupakan pemimpin UMNOK ni?

Mereka hidup mewah. Buat banglo besar atas bukit tapi para penyokong mereka, terpaksa hidup makan pasir semata-mata untuk memastikan para pemimpin UMNOK kekal kaya-raya!


Pendek kata setelah Najib dan Isa Samad mengerjakan duit Felda hingga lunyai kini tiba masanya Shahrir Samad diminta hadir hanya kononnya jikalau Shahrir jadi pengerusi peneroka akan terus sokong Umnok kerana Shahrir ni orang yang disegani.

By 

1 comments:

Unknown said...

Kata kan lak apa pun, namun pada pengamatan saya bahawa saperti ME-layu ME-layu yang lain para peneroka masih kelihatan berada di zon selesa.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena