Pengerusinya, Datuk Jailani Ngah berkata, selain imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), jemaah terpilih pada tahun ini turut melibatkan bilal dan pemimpin masyarakat setempat.

Beliau berkata, bermula pada 2011, jumlah jemaah haji yang dibiayai oleh IMDB menerusi program khas haji itu sentiasa meningkat iaitu sebanyak 111 pada tahun pertama kepada 400 pada 2012, manakala 800 dan 1,000 pada tahun berikutnya.

“Pada tahun ini kita dapat menghantar 1,200 jemaah untuk menunaikan haji, menjadikan jumlah keseluruhan jemaah yang dihantar sebanyak 3,511 sejak diperkenalkan.

“Selain menanggung kos menunaikan ibadat haji, jemaah juga diberikan wang saku sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi kegunaan sepanjang tempoh menunaikan ibadat di tanah suci,” katanya ketika menyampaikan watikah pelantikan urusetia bagi PKHYABPM-1MDB di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, di sini hari ini.

Seramai 30 urusetia terdiri daripada pelbagai latar belakang dilantik bagi membantu menguruskan kelancaran jemaah haji PKHYABPM-1MDB sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

Penerbangan peserta PKHYABPM-1MDB akan berlepas pada 25, 26 dan 27 Ogos bagi KT23, KT25 serta KT26 selama 40 hari berada di tanah suci.