Sunday, 8 January 2017

[Video] Ucapan pelancaran lagu, web rasmi PPBM oleh Dr M & SAMBUTAN KEHANCURAN BN KEDAH! Dr Mahathir beri amaran bahaya jual tanah kepada orang asing.

Ahad, 8 Januari 2017



Dr Mahathir beri amaran bahaya jual tanah kepada orang asing

 | January 7, 2017
Dr Mahathir menjelaskan perbezaan FDI pada zamannya dan apa yang difahami kerajaan sekarang.






mahathir-fdi

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadi negeri asing.

 Bekas perdana menteri itu memberi amaran rakyat Malaysia boleh menjangkakan sejumlah kawasan besar akan menjadi enklaf atau wilayah orang asing.
Beliau juga mendakwa kehadiran warga asing itu akan membawa kesan besar terhadap landskap politik negara pada masa depan.
Beliau mengecam tindakan kerajaan “menjual sejumlah besar tanah” kepada firma asing dengan berkata, Datuk Seri Najib Razak memberi takrif baru kepada pelaburan langsung asing (FDI).
“Beliau menganggap warga asing membawa masuk wang untuk membeli tanah dan membangunkan bandar di mana rakyat mereka akan datang dan tinggal sebagai pelaburan langsung asing.
“Hasil itu tidak memberi faedah kepada kita semua. Kebanyakan tanah paling berharga kini dimiliki dan diduduki orang asing. Hakikatnya, ia akan jadi negeri asing.”
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, dahulu, FDI bermaksud mempelawa pelabur asing membuka kilang mengeluarkan produk untuk dieksport, di mana kerajaan akan menyediakan tanah dan infrastruktur serta pengecualian cukai.

Dr Mahathir berkata, sejumlah besar tanah di sekitar Johor Bahru dijual dan sebaik sahaja tanah itu dibangunkan menjadi perumahan dan hartanah, ia akan membawa kepada “penghijrahan besar-besaran warga asing” yang akan tinggal di bandar baharu itu.
Memetik laporan Malaysia berjaya meraih FDI sebanyak RM150 bilion ketika lawatan rasmi Najib ke China 2 bulan lalu, katanya, tiada maklumat terperinci diberikan mengenai perjanjian dimeterai.
“Kita hanya akan nampak sejumlah besar tanah di negara kita sedang dibangunkan pembeli asing dan diduduki mereka. Akhirnya, mereka akan menuntut taraf kewarganegaraan dan menyertai politik Malaysia, termasuk dalam pilihan raya.
“Apa sahaja ideologi mereka yang percaya mungkin menukar warna politik Malaysia,” katanya.
Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa 700,000 warga asing akan diberikan kerakyatan di Johor supaya mereka boleh mengundi pada pilihan raya umum akan datang, namun Kementerian Dalam Negeri menafikannya.
Beliau berkata, sesetengah warga asing itu hanya akan tinggal di Malaysia pada musim sejuk dan tidak menetap di sini secara kekal.
“Ini tidak masuk akal kerana ia bermakna bandar itu akan menjadi bandar hantu kira-kira 9 bulan sepanjang tahun.”
Dr Mahathir juga memberi amaran isu masyarakat yang mungkin timbul dengan kewujudan “enklaf asing” dalam negara ini.
“Kita tidak boleh membenarkan beribu-ribu ekar tanah dimiliki, dibangunkan dan didiami orang asing. Jika kita berbuat demikian, ia akan menjadi enklaf asing dan ini akan menyusahkan pihak berkuasa tempatan menguruskannya.
“Sesungguhnya, ia menjadi sukar untuk kerajaan pusat menguruskannya.”
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena