Monday 11 December 2017

[Video BONGKAR~Siapa Mengawal LHDN & Cukai GST Rakyat kena tipu pemimpin UmnoBN] Shahrizat, rakyat tidak lupa SKANDAL LEMBU anda! Umno berkuasa 1000 tahun lagi?

Selasa, 12 Disember 2017


Related image
@rafiziramli akan terbit filem lembu? 
Dalam usaha memberi tekanan dan memastikan rakyat mengingati skandal National Feedlot Corporation, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menerbitkan sebuah filem yang menyindir projek berkenaan. 

Selaku penerbit tidak rasmi filem itu, kata Rafizi, filem komedi bercorak satira itu merupakan kaedah baru yang digunakan untuk memberi tekanan kepada kerajaan dan pihak yang terlibat dalam penyelewengan NFC. 

Kartun karya kartunis Zunar ini mungkin boleh dijadikan 'poster' untuk filem terbaru Rafizi.

Din Sharpshooter http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Shahrizat, rakyat tidak lupa skandal lembu anda

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah salah satu watak utama dalam persembahan ‘sarkas’ UMNO di PWTC tahun ini.
Shahrizat, dilaporkan berkata dalam ucapan beliau semalam bahawa rakyat Malaysia hanya ada dua pilihan – kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, atau pembangkang yang dipimpin ‘Maharaja Lim’.
Gelaran tersebut merujuk kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menjadi bahan sasaran utama parti pemerintah itu sejak mula bersidang kali ini.
Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP Pulau Pinang, Syerleena Rashid menyifatkan Shahrizat sebagai ‘bertuah’ kerana berjaya melepaskan diri daripada pendakwaan melibatkan skandal ‘lembu dalam kondo’ beberapa tahun lalu.
“Rakyat Malaysia tidak akan melupakan skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan bagaimana keluarga beliau tidak mampu membayar semula pinjaman RM250 juta ke atas kegagalan projek menternak lembu itu,” tegas Syerleena.
Beliau terlebih dahulu menyertai rombongan DAPSY Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap kenyataan Shahrizat itu yang didakwa bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menghina institusi raja-raja Melayu.
Shahrizat dan keluarganya didedahkan terlibat dalam skandal lembu pada tahun 2011 melalui laporan Ketua Audit Negara.
Dana yang dikhaskan untuk projek penternakan lembu terbabit ternyata telah disalahguna untuk melabur dalam hartanah oleh NFCorp yang diuruskan suami dan anak-anak Shahrizat sendiri.
Antaranya kondominium mewah One Menerung bernilai RM9.8 juta yang membawa kepada jenaka ‘lembu dalam kondo’.
“Saya percaya rakyat Malaysia tidak akan termakan pembohongan kleptorat seperti Shahrizat.
“Mereka ini akan terus membazirkan dana pembayar cukai demi kepentingan sendiri,” tegas Syerleena yang juga Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Umno berkuasa 1000 tahun, kerajaan maharaja?

Umno berkuasa 1000 tahun, kerajaan maharaja?

Sehari selepas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil mengurniakan gelaran “Maharaja” kepadanya, Lim Kit Siang hari ini menyerahkan “mahkota” itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas kenyataan Najib bahawa Umno akan memerintah negara 1,000 tahun lagi, Lim berkata kenyataan itu tidak akan dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang demokratik.
“Tapi ini pemikiran maharaja, atau mahu jadi maharaja,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Veteran DAP berkata seorang pemimpin demokratik menerima prinsip bahawa rakyat akan menentukan parti politik yang mereka kehendaki.
“Pengundi tidak diancam dengan huru-hara, kekacauan atau apa jua kesan yang mengerikan jika mereka mengundi untuk mengubah kerajaan, dan tidak akan ada pemerintah atau pemimpin parti yang bangga memerintah negara selama seribu tahun,” tambahnya.
Lim juga mengingatkan presiden Umno bahawa pemimpin Nazi Adolf Hitler juga bercita-cita memerintah selama 1,000 tahun tetapi pemerintahannya runtuh selepas 12 tahun berkuasa.
“Saya tertanya-tanya sama ada Najib akan memanggil Hitler seorang demokrat?” soal beliau.
Najib dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pagi ini menyatakan keyakinan bahawa Umno akan memerintah negara untuk jangka masa panjang.
“Kalau sebeginilah petanda dan semangat yang dizahirkan orang Umno, saya yakin dan penuh percaya bahawa Umno akan terus hidup memimpin bukan sekadar 30 tahun mendatang, malah bagi tempoh 1,000 tahun lagi” tegasnya.
Sama seperti ucapan Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) semalam, ucapan presiden Umno itu juga memberi amaran kepada pengundi mengenai pembangkang terutamanya DAP sekiranya mereka berkuasa.
Ketua Wanita Umno itu berkata rakyat pada pilihan raya akan datang hanya memiliki pilihan sama ada memilih pemimpin dengan “rekod yang baik” seperti Najib atau “Maharaja Lim”.
Najib pula berkata pengundi hanya ada pilihan untuk memilih masa depan yang cerah di bawah BN atau “memilih jalan yang suram dan samar di bawah dinasti DAP”.
Bagaimanapun, Lim berkata pilihan raya akan datang merupakan satu ujian penting sama ada Malaysia mampu menjadi sebuah negara demokratik.
“Adakah Najib bersedia untuk membuktikan bahawa dia adalah seorang demokrat dengan menyatakan bahawa dia akan menerima keputusan demokratik rakyat dalam pilihan raya umum ke-14 dan secara aman akan menyerahkan kuasa jika ini adalah keputusan pengundi Malaysia,” soalnya. 

1 comments:

Unknown said...

Ooooi "MAK LEMBU" dan para pemimpin UMNO yang lain, henti kan lah dari memperkatakan DAP. Kau lupa ke apa yang di ucap kan oleh muka "TAK TAHU MALU" semasa dia merasmikan mesyaurat agong MCA, "No way for DAP to become P.M"

Kau beria ia mahu Najibtuyya menang, bukan nya apa dengan harapan dapat lagi wang haram untuk menternak entah apa apa, nungkin kerbau "PENDEK" kot.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena