Sunday 17 December 2017

[Video KAITAN Tarikh PILIHAN RAYA antara Pas & Umno] PEMBATALAN IMAMS UmnoBN panik? MENTERI DIGESA JANGAN BULI PENJAWAT AWAM.

Isnin, 18 Disember 2017

Foto Parti Amanah Negara.
PEMBATALAN IMAMS, MENTERI DIGESA JANGAN BULI PENJAWAT AWAM

1. Hasrat kerajaan untuk mengutip dana secara paksa daripada poket rakyat melalui Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang antara lain melibatkan caj GST bagi permohonan visa umrah telahpun dibatalkan ekoran mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Namun begitu, dasar terbaru kerajaan ini berubah menjadi polemik apabila menteri kabinet membuat kenyataan bercanggah seolah-olah dasar ini dibuat secara membabi buta sehinggakan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak ‘bersandiwara’ tidak tahu kelulusan kabinet ini.

2. Walaupun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengakui IMAMS ada dibincangkan kabinet, ironinya mengatakan bahawa beliau tidak tahu bahawa CEO syarikat pengendali IMAMS iaitu Imams Sdn Bhd adalah bukan Muslim. Kenyataan ini selari dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pula menyatakan bahawa pelaksanaan IMAMS tidak seperti yang beliau inginkan. 

3. Kenyataan bercanggah dan langkah u-turn menteri-menteri kabinet ini menunjukkan kecelaruan dan haru-biru pentadbiran Putrajaya hari ini. Amat menyedihkan apabila mereka seolah-olah meletakkan kesalahan ke atas penjawat awam kononnya gagal memberikan maklumat tepat atau melakukan kerja dengan tidak teratur dan efisyen. Persoalannya bagaimana dasar IMAMS ini boleh dilluluskan kabinet dan dibawa ke perbahasan peringkat jawatankuasa bajet kementerian di Parlimen tanpa maklumat lengkap tentang perkara teknikal termasuk senarai pemilik dan pengarah syarikat dan butiran caj.

4. Justeru, Pemuda AMANAH menggesa kabinet mengambil tanggungjawab penuh atas kesilapan dasar ini dan berhenti membuli penjawat awam. Penjawat awam hanya menjalankan kerja sepertimana arahan dan kehendak menteri. Pemuda AMANAH menzahirkan keyakinan penuh ke atas kemampuan dan kredibiliti penjawat awam dalam menjalankan tanggungjawab awam kepada rakyat dan negara. Yang membawa masalah kepada rakyat dan negara adalah kebinet yang tercalar dengan pelbagai skandal korupsi dan tadbir urus yang salah dan lemah. Seharusnya menteri yang bertanggungjawab meletakkan jawatan dan memohon maaf kepada penjawat awam terutama di kementerian terbabit.

5. Pemuda AMANAH juga menggesa agar kerajaan mengambil langkah yang lebih efisyen dan tidak membebankan rakyat dalam menangani penipuan pakej umrah termasuk meningkatkan pemantauan ke atas semua aktiviti agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat. Tabung Haji boleh dijadikan pusat pengendali permohonan visa umrah tanpa apa-apa caj dikenakan atas dasar tanggungjawab sosial korporat. Ini adalah kerana Tabung Haji adalah badan berkanun yang diyakini rakyat dalam urusan ibadat haji dan umrah yang lebih selamat.

FAIZ FADZIL
TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH

18 DISEMBER 2017

1 comments:

kertia said...

Situs POKER paling menarik....
Apalagi kalau bukan www,royalqq,poker
Kini Hadir Game Terbaru ===>> GAME SAKONG
Dengan didukung server terbaik...
Sehingga permainan selalu lancar
Paling rame, Paling fair, NO ROBOT, Murni Player vs Player
Disinilah tempat berkumpulnya Master-Master Poker
Deposit minimum Rp. 15.000
Support Bank BCA, MANDIRI, BNI, BRI
Salam ROYALQQ

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena