Wednesday, 13 December 2017

[Video Pas guna sentimen ANTI Cina & Umno Dijemput Berucap Dalam Perhimpunan Parti KOMUNIS CHINA!] Cina DAP jahat, Cina Komunis baguih... Jangan serahkan masa depan negara ke tangan perasuah dan perompak.

Khamis, 14 Disember 2017

Image result for Foto Umno Dan Parti Komunis China
Depa tu MELAYU kah? Pasai UMNO, Melayu akan jadi bangsat dalam negara sendiri... 
Cina DAP jahat, Cina Komunis baguih...
4 Okt 2017
Mengikut portal Umno Online, Parti Komunis China (CPC) telah menjemput Umno menghadiri kongresnya pada 19 pada 18 Oktober ini. 

Laporan tersebut juga menyebut Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata beliau menghargai kerjasama rapat antara Umno dan Parti Komunis China tersebut. Kemesraan makin menyerlah di antara dua pihak berkenaan. 

Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan negara China adalah perkara biasa tetapi kerjasama di antara Umno dan Parti Komunis China- CPC, adalah perkara yang berbeza dan bukan kebiasaan. 
Adakah ini satu tahaluf yang baru yang akan dijalin? Cuba kita bayangkan kalau kerjasama ini terjalin antara parti dari komponen Pakatan Harapan dengan CPC, seperti hendak kiamat agaknya suasana di negara ini!  

Haji Mat Sabu pernah dituduh kononnya bersimpati dengan komunis tidak lama dahulu. Abu dari mayat Chin Peng ketua komunis yang telah mati pun diharamkan oleh kerajaan dibawa masuk ke Malaysia untuk ditanam. Begitu takutnya Malaysia pada ideologi komunis yang telah mati dan tidak mempunyai kuasa lagi. 

Hairannya kerajaan kita begitu mesra pula dengan China Komunis yang merupakan di antara kuasa tentera dan ekonomi agresif terbesar dunia hingga sanggup menggadai negara dengan menjual aset utama negara termasuk aset strategik seperti lapangan terbang tentera Sungai Besi dan menawar pelabuhan-pelabuhan utama di Kuantan, Johor Bahru, Melaka, Kelang dan Pulau Pinang. 
Image result for parti komunis china
Di manakah konsistensi kerajaan Malaysia? Kalau rakyat Malaysia keturunan Cina terutamanya dari DAP digambarkan sebagai ancaman kepada survival Melayu, kepada China Komunis negara kuasa besar asing dibukanya pula pintu negara seluas-luasnya peluang sehingga boleh menjadi risiko tinggi pada keselamatan dan kedaulatan negara. 

Rupa-rupanya wang ringgit negara komunis boleh menjadi penawar kepada semua dosa ideologi komunis yang dahulunya digeruni. Bukankah umat Islam saudara kita di bahagian Barat negara China di Xinjiang sedang didiskriminasi, ditindas dan dibunuh beramai-ramai begitu lama?  -ali allah ditta Tumpang sekole

Jangan serahkan masa depan negara ke tangan perasuah dan perompak

Serangan keterlaluan UMNO terhadap DAP menerusi pembohongan, ugutan dan fakta palsu dalam perhimpunan agungnya minggu lalu menunjukkan parti itu terdesak dan jelas menunjukkan gejala-gejala bakal tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Lebih membimbangkan, individu yang turut mengeluarkan kata-kata nista itu merupakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri dengan ungkapan berbaur ‘ugutan’ dan kebencian.
“Masa hadapan Malaysia akan dirompak oleh perasuah, kroni dan mereka yang menyokong GST sekiranya BN berjaya memenanginya tanpa maruah berdasarkan penipuan, rasuah, ketakutan, kebencian dan ugutan, ” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Katanya, pemimpin UMNO-BN akan terus menghasut kebencian berdasarkan agama dan bangsa dengan bermodalkan panggilan seperti ‘Cina DAP’ demi memenangi pilihan raya umum akan datang.
“Ini merupakan kali pertama UMNO menyerang DAP dengan menggunakan perkataan ‘Cina’, iaitu politik perkauman yang dahsyat yang secara tidak langsung menyerang komuniti Cina.”
Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut membidas kenyataan Najib yang mendakwa jika pembangkang menang, kononnya ‘hak istimewa orang Melayu, sebagai orang asal tanah ini, daripada bangsa yang mulia dan bebas, akan dipijak maruah dan mereka (kedudukan) akan tergadai. Paling teruk, mereka akan merempat, disumpah dan dihina, sehingga mereka terbangsat di tanah sendiri.’
Bohong terang-terangan
Kenyataan Presiden UMNO itu katanya merupakan pembohongan terang-terangan kerana tidak ada rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu akan menjadi ‘bangsat’ sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) menang.
Kemenangan HARAPAN sebaliknya ujar Guan Eng akan memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat negara ini yang lebih bebas daripada gejala rasuah, kronisme dan cukai GST.
“Pendirian Pakatan adalah GST harus dihapuskan kerana GST memberikan kesulitan kepada rakyat. Kerajaan Persekutuan dijangka mengumpul RM40 bilion di mana RM40 bilion kurang dibelanjakan untuk rakyat,” katanya.
Guan Eng berkata, sejak tahun 2015, Pulau Pinang telah membayar sebanyak RM5,561.2 juta kutipan GST kepada pusat.
“Sekiranya Kerajaan Persekutuan BN berdegil dan enggan menghapuskan GST, maka jalan alternatif ialah menukar kerajaan.
“Tetapi dalam masa yang sama, Kerajaan Persekutuan harus memulangkan sebahagian kutipan wang GST kepada negeri-negeri berkaitan kerana beban kewangan yang besar telah dikenakan apabila banyak wang telah disedut daripada poket rakyat biasa,” katanya lagi. – Roketkini.com
Kredit foto: TV14
Chea

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena