Wednesday 13 December 2017

[Video Umno dijemput ke Kongres Parti Komunis China, ini jawapan sinis Kit Siang & TUKAR~Umno Sudah Rosak] Perangai Umno tak ubah DAH LUDAH JILAT BALIK! Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara.

Khamis, 14 Disember 2017


Image result for Foto Umno Dan Parti Komunis China
Perangai UMNO tak ubah DAH LUDAH JILAT BALIK

Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara


-A.Kadir Jassin.
Malaysia tidak boleh membatalkan perjanjian pelaburan yang telah dimeterai dengan negara China tetapi Malaysia boleh mengkaji semula perjanjian bagi mengurangkan kesan negatif dan pelanggaran kedaulatan negara, kata Datuk A Kadir Jasin.
Malaysia tidak boleh membatalkan perjanjian pelaburan yang telah dimeterai dengan negara China tetapi Malaysia boleh mengkaji semula perjanjian bagi mengurangkan kesan negatif dan pelanggaran kedaulatan negara, kata Datuk A Kadir Jasin.
Namun kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini, ia hanya akan berlaku sekiranya kerajaan yang diperintah oleh Umno-BN ini dapat ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14.
“Kita tidak boleh membatalkan mana-mana perjanjian kerana kita menandatangani banyak konvensyen antarabangsa berkaitan pelaburan antara negara.
“Tetapi kita boleh kaji semula perjanjian-perjanjian yang dimeterai itu bagi mengurangkan kesan negatif dan pelanggaran kedaulatan negara.
“Itupun kalau kita tukar kerajaan yang ada ini kerana kerajaan Umno-BN tidak akan berubah.
“Ataupun mungkin apa yang kita bangkitkan selama ini menimbulkan kesedaran di kalangan sesetengah pemimpin Umno-BN yang diharapkan berani untuk melakukan sesuatu demi kedaulatan negara.
Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membawa masuk pelaburan China ke Malaysia sejumlah RM144bilion dengan menandatangani 14 perjanjian dengan negara itu.
Beliau diminta pandangan mengenai Pelaburan Lansung Asing (FDI) China ke Malaysia antaranya sebahagian perjanjanjian yang dimeterai itu, membabitkan perjanjian pemilikan dalam hartanah, penempatan dan bandar merangkumi pemeteraian perjanjian pembangunan Forest City dengan kos RM175bilion, pembinaan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion serta Keretapi Laju Kuala Lumpur -Singapura (HSR) sejumlah RM60bilion selain mempertaruhkan kedaulatan Laut China Selata
“Ini bukan isu menakut-nakutkan orang Melayu atau isu anti Cina ini soal kepentingan negara.
“Kita boleh tidur lena hari ini sebab kita tidak tahu apa-apa kesan jangka panjang. Jika kita tahu, kita tidak boleh tidur lena kerana takut bila rumah terbakar,kita tidak jumpa kunci rumah,” ujarnya dalam temubual eksklusif dengan Malaysia Dateline baru-baru ini.n dan Selat Melaka dengan pembinaan Kompleks Pelabuhan Melaka bernilai RM43bilion.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berpandangan dengan Pelaburan Lansung Asing ke Malaysia, negara boleh menjadi gerbang China ke Asean.
Bagaimanapun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan mengenai jenis FDI dari China ke Malaysia sebagai ancaman besar kepada Malaysia dari segi perdagangan dua hala dan kedaulatan negara.
Dalam pertikaian ini, Kadir menjelaskan sejak 1990-an apabila Malaysia memulakan dasar perindustrian telah bergantung kepada FDI.
“Pada satu peringkat negara menolak FDI dan tidak mahu industri tertentu dibuka di negara ini terutama industri yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
“Dalam tempoh itu juga Malaysia tidak pernah kekurangan pelabur asing kerana negara sentiasa ada pilihan.
“Natijahnya mana-mana negara masuk ke negara ini, kita boleh menentukan industri mana mereka boleh melabur kerana salah satu sebabnya tidak mahu kedaulatan negara kita terjejas. Kita juga tidak mahu peluang pelabur tempatan dirampas oleh pelabur asing,” ujarnya.
Kata beliau lagi, sekiranya Malaysia memberi keutamaan kepada pelabur tempatan dalam kegiatan ekonomi maka tidak timbul dakwaan di mana pelaburan China akan bersaing dengan pelabur tempatan.
Amat perlu negara memberikan keutamaan kepada pelabur tempatan dalam kegiatan ekonomi yang mana rakyatnya memiliki kepakaran khusus mengenainya dalam sektor tertentu di negara ini.
“Misalnya kita mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan bandar baru, perumahan, dan kompleks membeli belah sewajarnya tidak perlu diberikan kepada pelabur asing.
“Tetapi apa yang berlaku dalam pelaburan China mereka masuk ke bidang yang mana mereka bersaing
KDL

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena