Wednesday 13 December 2017

[Video Trump anti islam najib terhegeh hegeh nak layan sampai tipu rakyat sendiri] PAKATAN HARAPAN ANJUR HIMPUNAN DI HADAPAN KEDUTAAN AS.

Khamis, 14 Disember 2017

Image result for Foto Pakatan Harapan bantah Israel di kedutaan amerika

Image result for Foto Pakatan Harapan bantah Israel di kedutaan amerika

Foto Parti Amanah Negara.

PAKATAN HARAPAN ANJUR HIMPUNAN DI HADAPAN KEDUTAAN AS

PAKATAN HARAPAN ANJUR HIMPUNAN DI HADAPAN KEDUTAAN AS
1. Isu Baitul Maqdis bukan hanya isu umat Islam malah isu kemanusian sejagat. Kedegilan dan keangkuhan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel adalah satu pencabulan hak asasi manusia serta melanggar undang-undang antarabangsa dan ianya tidak boleh diterima.
2. Keputusan sepihak oleh Presiden Trump itu jelas tidak membantu usaha damai konflik panjang di rantau Asia Barat khususnya di Palestin, sebaliknya lebih merumitkan lagi keadaan sekaligus menyalakan api kemarahan dan reaksi bantahan masyarakat dunia.
3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), OIC dan komuniti antarabangsa tidak pernah mengiktiraf pendudukan Israel di Jerusalem Timur selepas perang 1967 malah menggesa mereka berundur ke sempadan asal mereka pra-1967.
4. Ia dikukuhkan lagi dengan Majlis Keselamatan PBB yang bersidang pada 23 Disember 2016 yang telah meluluskan Resolusi 2334 yang mengatakan pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak sah.
5. Sekalipun pengumuman Presiden Trump itu dilakukan demi survival politik beliau menjelang Pilihan Raya Separuh Penggal (Mid-Term Election) Amerika Syarikat, ia adalah suatu tindakan campur tangan ke atas Negara Arab yang melampaui batas.
6. Tindakan AS ini telah pun dibantah oleh Kesatuan Eropah (EU), dan United Kingdom telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia tidak akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv.
7. Sebagai bantahan awal terhadap pengumuman Trump ini, Pakatan Harapan telahpun menghantar memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.
8. Namun bagi menegaskan lagi rasa kecewa dan penolakan Pakatan Harapan terhadap pengiktirafan yang angkuh itu, dan sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin yang terus dizalimi, maka Pakatan Harapan akan mengadakan satu himpunan bantahan di hadapan bangunan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat, 15 Disember ini.
9. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, termasuk parti-parti politik, NGO, NGI, pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia serta seluruh warga prihatin untuk turun bersama kami untuk menzahirkan bantahan.
Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Pakatan Harapan
Presiden KEADILAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Presiden PPBM
Tn Hj Mohamad Sabu
Presiden AMANAH
YB Gobind Singh Deo
Timbalan Pengerusi DAP
12 Disember 2017

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena