Sunday, 10 December 2017

[Video PendedahanTerbaru Tun M berkaitan NAJIB yang tidak di ketahui umum] Bersatu atau binasa, Dr Mahathir beritahu Pakatan.

Ahad, 10 Disember 2017
Bersatu atau binasa, Dr Mahathir beritahu Pakatan
Dr Mahathir Mohamad menggesa semua parti komponen dalam Pakatan Harapan bersatu dan memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 untuk menewakan Barisan Nasional pada majlis makan malam mengumpul dana di Bangi Golf Resort malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 10 Disember, 2017.

Image result for Gambar pakatan harapan

Bersatu atau binasa, Dr Mahathir beritahu Pakatan

PERPECAHAN di kalangan anggota gabungan pembangkang akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), kata Dr Mahathir Mohamad dan menggesa Pakatan Harapan (PH) bersatu untuk memenangi kerajaan pada pilihan raya akan datang.
"Anda mesti menyokong siapa jua calon akhir yang dipilih (untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14) dan jangan berbalah sesama sendiri. Anda mesti mengetepikan segala perbezaan untuk menyelamatkan negara daripada pemerintahan perompak dan pencuri.
"Saya sudah lama berpolitik. Ada 13 pilihan raya umum dan pembangkang tidak pernah menang. BN mempunyai 13 parti komponen dan mereka semua menumpukan perhatian kepada calon mereka.
"Pembangkang pula sebaliknya menentang satu sama lain dan tidak menumpukan usaha terhadap calon mereka dan itulah sebabnya mereka sentiasa kalah," kata Dr Mahathir kepada kira-kira 600 ahli PH pada majlis makan malam penggumpulan dana di Bangi Golf Resort malam tadi.
Dr Mahathir berkata, malah Tengku Razaleigh Hamzah daripada Semangat 46 kembali kepada Umno selepas menyedari ia tidak dapat mewujudkan satu barisan perpaduan dengan DAP dan PAS bagi mengalahkan kerajaan BN.
"Semasa Anwar (Anwar Ibrahim), semasa Keadilan, beliau cuba membentuk gabungan tiga parti. Prestasi mereka lebih baik tetapi mereka tidak dapat menewaskan BN.
"Saya berpendapat, jika kita mahu mengalahkan BN, isu utama adalah perpaduan. Jangan fikir komponen anda sendiri sahaja. Fikirkan gabungan. Kita perlu menyokong calon tanpa mengira parti mereka.
"Kali ini, perpaduan lebih baik dan saya tidak pernah menjangka dilantik sebagai pengerusi. Mereka menerima saya sebagai pengerusi dan sebagai pengerusi, saya melihat perpaduan lebih baik. Ia bukan 100% sempurna, tetapi lebih baik daripada Pakatan Rakyat. Saya yakin kali ini kita dapat mengalahkan BN," kata bekas perdana menteri itu.
Naib Presiden Amanah, Husam Musa berkata gabungan parti pembangkang harus segera memilih calon perdana menteri untuk memperbaiki peluangnya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.
Husam, bekas naib presiden PAS, berkata topik calon perdana menteri adalah "tabu" dalam Pakatan Rakyat.
"Tiada seorang pemimpin yang sanggup ke depan dengan cadangan ... Tetapi sekarang dalam PH, kita boleh membincangkan perkara itu.
"Tanpa calon perdana menteri, kita tidak mempunyai keyakinan terhadap segmen masyarakat tertentu yang akan menyokong. Terdapat beberapa bahagian masyarakat sekarang yang mempunyai masih teragak-agak kerana kita tidak mempunyai calon.
"Ini akan menjadi kali pertama gabungan parti menamakan calon perdana menteri sebelum pilihan raya diadakan. Ini akan menjadi detik penting dalam sejarah politik negara kita."
Pada satu program retreat PH awal bulan ini, semua parti komponennya kecuali PKR bersetuju dengan pemilihan Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim dan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri jika ia menang dalam PRU14.
Pembangkang dijangka akan menamakan calonnya untuk perdana menteri tidak lama lagi. – 10 Disember, 2017.
The Malaysian Insight


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena