Monday 18 December 2017

[Video TAKTIK MENAKUT-NAKUTKAN menunjukkan Umno TERDESAK & Adakah Melayu Bangsat Jika UMNO Kalah] Umno-Pas hipokrit, sudah ‘bersatu’ atas isu umat Islam.

Isnin, 18 Disember 2017

Image result for Gambar Melayu jadi bangsat umno memerintah
Image result for Gambar Melayu jadi bangsat umno memerintah

Related image
(Bullshit!!!! The Old Man’s reaction when he heard that some mysterious donors from the Middle East had donated some USD700 million (RM2.6 billion ringgit) into Najib’s personal accoun…
Image result for Gambar Melayu jadi bangsat umno memerintah
PAS mengakui mereka memerlukan sokongan ahli Umno walaupun sebelum ini menafikan akan wujudnya kerjasama politik antara mereka.

Umno-Pas hipokrit, sudah ‘bersatu’ atas isu umat Islam, dakwa Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

Umno dan Pas dilihat mahu menjadi juara dalam menangani isu Palestin dengan menganjurkan ‘Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis’ sedangkan ia membabitkan masalah umat Islam sejagat.
Koordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa, himpunan yang akan diadakan pada Jumaat ini, tidak membabitkan parti-parti politik dan NGO lain untuk mendengar pendirian Malaysia hasil dari mesyuarat tergempar sidang OIC baru-baru ini.
“Isu Baitulmaqadis dan Palestine adalah permasalahan Islam sejagat. Ianya harus ditangani oleh semua ummah sejagat bagi mempertahankan kota Baitulmaqdis mahupun Palestin
“Kenapa perhimpunan ini hanya dikhususkan pada Umno dan Pas saja? Mengapa tidak menjemput semua parti-parti politik dan NG0 lain untuk turut sama mendengar pendirian Malaysia hasil dari mesyuarat tergempar sidang OIC.
“Masalah orang-orang Islam di seluruh dunia bukan harus ditangani oleh Umno dan Pas secara eksklusif saja! Tetapi ianya adalah milik bersama ummah sejagat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Justeru katanya lagi, himpunan solidari untuk Palestin ini adalah sandiwara Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Dua pemimpin ini sedang memperbodohkan ahli-ahli akar umbi parti masing-masing agar tidak protes pada penyatuan mereka secara memperalatkan agama bagi menghalalkan cara ke arah mencapai matlamat kerjasama menggunakan parti Pas untuk pecah undi orang-orang Melayu demi menjamin kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.
“Perdana menteri paling korup dan haji hadi awang sudah bersatu pada hakikatnya. Namun Umno dan Pas cuma berselindung di sebalik isu-isu tertentu,” ujarnya.
Khairuddin mendakwa perhimpunan pada 22 Disember ini di Putrajaya membuktikan hubungan di antara umno dan Pas amat jelas.
“Cuma kaedah mereka ialah berselindung di sebalik isu-isu tertentu untuk bergabung bagi mengaburi pandangan ahli-ahli akar umbi masing-masing yang tidak boleh terima kerjasama di antara umno dengan Pas khususnya pada PRU14.
“Najib serta Hadi sedang melaksanakan agenda menghalalkan cara bagi memperbodohkan ahli-ahli akar umbi masing-masing.” ujarnya.
Khairuddin berpendapat apapun yang cuba dilakukan Umno dan Pas dengan berselindung sekalipun, akan memanfaatkan Pakatan Harapan kerana ahli-ahli akar umbi Umno dan Pas ujarnya, akan memprotes terhadap parti masing-masing, manakala undi mereka pula akan diberikan pada Pakatan Harapan pada PRU14 nanti.
“Perhimpunan di putrajaya dengan pemimpin-pemimpin Pas yang bakal dihadiri oleh perdana menteri paling korup melambangkan hipokrasi Umno dan Pas,” katanya.
Najib yang juga Presiden Umno itu dipetik berkata,langkah bagi menangani nasib rakyat Palestin akan diketengahkan pada perhimpunan yang akan dihadirinya bersama pemimpin Pas di Putrajaya, Jumaat ini.
Beliau berkata, parti tonggak Barisan Nasional (BN) berkenaan dan Pas perlu bersama-sama dalam mencari jalan untuk menangani isu berkenaan.
“Perlu ada pendirian bersama apabila membabitkan isu kepentingan Islam dan umatnya,” kata Najib kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau di ibu negara Bahrain, awal pagi Ahad seperti dilaporkan Bernama.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena