Sunday, 7 January 2018

[Video Mahathir sedang menewaskan Najib dalam catur & Tiada Abang Long Dalam PH] Dulu baja kena curi, tapi sekarang tanah pula’–Peneroka Felda.

Ahad, 7 Januari 2018



‘Dulu baja kena curi, tapi sekarang tanah pula’ – Peneroka Felda


Seorang wakil peneroka Felda melahirkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku kepada agensi itu hari ini.
“Kalau dulu zaman Tan Sri Raja Alias selaku pengerusi Felda berita yang kita dengar adalah berita kecurian baja, kecurian buah, kecurian lantun (getah beku).
“Tetapi hari ini hak milik tanah Felda hilang begitu sahaja,” tegas Abdul Rahman Ramli dalam ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) 2018 di IDCC hari ini.
Beliau dipercayai mengulas mengenai skandal penukaran hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur melalui transaksi yang meragukan sejak 2015 seperti didedahkan Berita Harian baru-baru ini.

Tanah yang dianggarkan bernilai RM1 bilion itu, lapor akhbar berkenaan, berisiko jatuh ke tangan sebuah syarikat.
Beliau dalam pada itu turut melahirkan kekecewaan terhadap tindakan rakus kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang dilihat tidak mempedulikan nasib peneroka.
“Bukan sahaja ribuan ringgit, malahan jutaan ringgit telah hilang dari kantung Felda ekoran kelemahan tadbir urus kepimpinan-kempinan Felda dan dari UMNO dan Barisan Nasional (BN),” ujarnya.
Peneroka hari ini katanya dibebani hutang yang besar ekoran kelemahan dasar yang dibawa Felda.
“Sampai bila peneroka Felda akan menanggung hutang yang tinggi, yang seterusnya diwariskan kepada anak mereka.
“Hutang peneroka hari ini bukan sahaja puluhan ribu terapi mencecah ratusan ribu ringgit.
“Cuba kita bayangkan kalau sekarang usia mereka kini 60 tahun, berapa tahun pula hutang mereka ini akan habis,” soalnya.
Sehubungan itu beliau berharap HARAPAN dapat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal membabitkan Felda jika gabungan itu berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya.
“Siasatan itu harus dilakukan khususnya membabitkan zaman Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda,” tegasnya. – Roketkini.com


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena