Thursday 4 January 2018

[Video Muhyiddin: Saya Takkan Balik Umno Sebab Dah Dirosak & Perasuah Ditransformasi Najib] 'Pendedak2 UmnoBN' mulai takut Najib akan kecundang dan hilang kuasa?

Jumaat, 5 Januari 2018
Related image

Related image
Najib terus menjaja cerita lagi hari ini kat Kuantan... 'Kalau nak rompak, dah lama saya rompak'.

KALAU BUDAK2 BOLEHLAH DIPANGGIL 'BODOH', DAH TUA PUN PERANGAI SAMA JUGA, NAK PANGGIL APA?

Semalam, Tun Mahathir Mohamad melibas tindakan sekumpulan pemimpin Pemuda UMNO yang membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan mahu menjatuhkan Najib Razak dengan menyifatkan mereka sebagai "bodoh".

Menurut Tun Mahathir, sebagai pemimpin pembangkang yang sedang mengetuai Pakatan Harapan, beliau sudah tentu mahu mengalahkan pentadbiran Najib.

Mereka ini "bodoh". Dia tak faham politik. Sudah tentu saya cuba gulingkan kerajaan, sebab kerajaan yang ada ini kleptokratik, katanya lagi.
Dalam tulisan di blog ini sebelum ini, saya sendiri turut menggelar mereka sebagai "mangkuh hayun" yang mana tindakan membuat laporan polis itu tidak lebih membuktikan ketakutan terhadap pengaruh Tun Mahathir.

Ini kerana tindakan jatuh-menjatuh, bukan saja lumrah dalam politik, bahkan itulah tujuan utama berpolitik.

Memandangkan mereka ini golongan muda yang baru nak belajar mengampu, untung-untung dapat dipilih jadi calon pilihanraya, diberikan kontrak perniagaan atau dicampakkan secupak dua dedak oleh Najib, barangkali tindakan "bodoh" mereka itu tidaklah terlalu memeranjatkan.

"Kebodohan" mereka boleh dikata sesuai dengan kefahaman yang belum begitu mendalam tentang politik. Sepatutnya, kalau pun mahu membodek atau mengampu Najib, buatlah dengan cara lain yang boleh menutup "kebodohan" itu.

Tetapi, hari UMNO Pulau Pinang yang dianggotai oleh golongan tua-tua belaka pun membuat laporan polis juga terhadap Tun Mahathir.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir yang sudah pun putih rambutnya berkata, laporan polis itu dibuat memandangkan banyak kenyataan Tun Mahathir dianggap cuba mempengaruhi rakyat untuk untuk menggulingkan Najib.
Katanya lagi, Tun Mahathir sepatutnya memberi peluang kepada Najib mentadbir negara mengikut caranya sendiri kerana zaman pemerintahannya sudah berakhir dan harus berlapang dada menerima corak pentadbiran Perdana Menteri sekarang.

Dengan membuat laporan polis itu, nampaknya golongan tua-tua yang menjadi penyokong Najib pun tak faham  tentang hakikat politik yang sebenarnya.

Atau mereka juga mulai takut Najib akan kecundang dan hilang kuasa?
Jika golongan muda dan budak-budak mentah membuat laporan polis itu bolehlah juga mereka itu dipanggil  "bodoh" seperti yang disebut oleh Tun Mahathir, tetapi kalau golongan tua pun sama juga perangainya, apa gelaran kita nak panggil mereka? (ShahbudinHusin 04/01/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena