Friday, 2 March 2018

[Video Mahkamah Tinggi Arahkan ROS Terima Pendaftaran Pakatan Harapan] Mahathir: Saya rela jadi umpan.

Jumaat, 2 Mac 2018

Mahathir: Saya rela jadi umpan


Dr Mahathir Mohamad berkata beliau rela menjadi umpan bagi Pakatan Harapan meraih undi Melayu.
Bekas perdana menteri itu berkata walaupun umurnya sudah menginjak 92 tahun namun beliau rela berbuat untuk demikian untuk HARAPAN.
“Saya ni umur dah lebih dekat 93 tahun. Sekarang saya baru 92 tahun, berapa lama tahan nak jadi perdana menteri.
“Tapi kalau saya boleh dijadikan umpan untuk menarik orang Melayu untuk sokong HARAPAN saya rela jadi umpan,” katanya sambil menerima sorakan “Hidup Tun”.
Dr Mahathir berkata demikian dalam ucapannya sebelum majlis doa selamat di Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau turut berkata, beliau sudi menjadi calon perdana menteri HARAPAN berdasarkan pengalamannya memerintah negara selama 22 tahun.
“Kalau mereka nak saya pegang jawatan perdana menteri saya peganglah. Tapi umur 93 dah, kalau pegang tak lama dah, saya bukan niat nak kekal jadi perdana menteri sehingga akhir hayat.
“Tapi saya cuma ingat dengan pengalaman saya dulu, mungkin saya boleh tolong, kerajaan baru untuk memperbaiki hutang negara yang begitu banyak,” katanya.

Kg Baru tiada identiti kampung
Sementara itu Dr Mahathir berkata, jika kembali mentadbir negara kelak, beliau akan mengekalkan kedudukan Kampung Baru sebagai kampung tradisi bangsa Melayu.
Katanya lagi, beliau juga tidak mahu Kampung Baru menjadi seperti Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum yang tidak lagi mempunyai identiti sebuah kampung.
“Saya sedih kalau ada pelancong datang ke Kuala Lumpur, bawa ke Kampung Baru tunjukkan kampung Melayu, sedangkan berhampirannya ada bangunan pencakar langit.
“Saya yakin orang Kampung Baru hendakkan pembangunan, tetapi sesuai dengan budaya orang Melayu. Faktor ini mesti diambil kira, saya tidak mahu lihat Kampung Baru jadi seperti Kampung Kerinchi, Kampung Abdullah Hukum.
Dr Mahathir pada masa sama berkata, beliau sedar bahawa kerajaan turut mempunyai perancangan terhadap Kampung Baru.
Namun katanya, banyak antara rancangan itu tidak menjadi.
“Sebab itu kalau Kampung Baru hendak dibangunkan, ia mesti dibangunkan dengan penduduk, wakil-wakil mereka supaya sesuai dengan kehendak penduduk,” katanya.
malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena