Monday, 21 May 2018

[Video Exclusive: Clare Rewcastle Brown on 1MDB and new Malaysia] PM, Jangan lepaskan Taib Mahmud - S'wak Report.

Isnin, 21 Mei 2018

PM, Jangan lepaskan Taib Mahmud - S'wak Report


Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Sarawak Report amat sinonim dengan pendedahan berkaitan skandal 1MDB, yang menjadi kempen penting Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum lalu.
Bagaimanapun, tidak ramai tahu bahawa laman pembocor maklumat itu bermula pada 2010 sebagai blog yang memfokuskan pada isu-isu politik, alam sekitar, isu orang asal dan kepentingan perniagaan ketua menteri ketika itu Tun Taib Mahmud.
Pengarangnya Clare Rewcastle-Brown, yang lahir di Kuching pada tahun 1960 dan berpangkalan di London, sendiri menulis panjang berkaitan dakwaan kepentingan Taib dalam dan luar negara.
Beliau mendakwa Taib, kini yang dipertua negeri, memperkayakan dirinya sendiri.
Di balik banyak aduan, tiada tindakan terhadap Taib.
Kini, setelah BN hilang Putrajaya, Rewcastle-Brown percaya masanya telah tiba untuk pihak berkuasa meneliti semula aduan lama dan membuka pintu untuk aduan baru.
“Saya rasa sekarang ramai orang akan beratur (membuat aduan),” katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara pagi ini.

Pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memulakan siasatan semula terhadap skandal 1MDB.
Bagaimanapun, tiada janji sama dibuat terhadap Taib.
Malaysiakini pada 11 Mei lalu mendedahkan Mahathir telah bertemu Taib di Kuala Lumpur tidak lama selepas pilihan raya umum 9 Mei.
Sementara itu, walaupun banyak menulis tentang Taib, Rewcastle-Brown berkata sekarang ini tiada keperluan untuk terburu-buru kerana pentadbiran baru memerlukan masa untuk pembentukannya.
“Ia akan jadi bila peguam negara baru dan beberapa orang penting dilantik.

“Saya fikir Mahathir harus tahu beliau tidak akan terlepas (dengan mengabaikan Taib).

“Suara-suara telah berbunyi di Sarawak,” katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena