Apabila Pakatan Harapan menang nanti, negara akan dapat kapal baru. ha3
Pilihanraya umum kali ini adalah yang paling sengit dalam sejarah negara. Sila ingat bahawa tempoh pengundian adalah dari pukul 8.00 Pagi - 5.00 Petang.
Semak lokasi pengundian anda secara online di pengundi.spr.gov.my
Bawa kad pengenalan, keluar untuk mengundi, dan sudah tentu undi untuk Pakatan Harapan.#BinaSemulaNegara
(Gambar hanya hiasan semata-mata)

Muhyiddin isytihar kubu Umno sudah roboh di Johor
Tetap senyum gembira walaupun mendengar ceramah PH di dalam hujan.
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kubu Umno di Johor sejak sekian lama kini telah roboh.
Ketika berucap di AU 2, Ampang malam tadi, bekas menteri besar Johor itu berkata, Umno yang ditubuhkan di Johor kini ditolak oleh rakyat.
“Dulu kubu Umno adalah di Johor. Kini ia telah roboh,” kata Muhyiddin yang keluar berkempen di Ampang malam tadi meninggalkan tempat beliau bertanding di parlimen Pagoh, Johor.
Ia disambut oleh tepukan gemuruh puluhan ribu manusia yang berhimpun dalam majlis Jelajah Pakatan Harapan itu.
Turut berucap adalah Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu yang bertanding di Kota Raja.
Satu keluarga Melayu ini kekal mendengar ucapan walaupun dalam hujan.
Dalam ceramah malam tadi, penyokong PH itu kekal di tengah hujan yang turun mencurah-curah untuk mendengar ucapan pemimpin mereka.
Mereka berkumpul di padang bola AU 2 itu sejak 7.30 petang lagi dan kekal di situ walaupun hujan lebat turun.
“Saya mahu terlibat dalam perubahan ini,” kata seorang peserta perhimpunan itu, Farah Abu Bakar, 40 dari Bukit Antarabangsa, lapor Malaysia Decides.
Orang ramai kekal duduk walaupun di dalam hujan.
MD.
0 comments:
Post a Comment