Rabu, 23 Mei 2018
Kerajaan tidak akan beli semula Proton
Kerajaan Persekutuan tidak memiliki kereta nasional Proton Holdings dan tidak berhasrat membelinya semula, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya syarikat itu - yang dimulakan semasa pentadbirannya pada tahun 1984 - kini dimiliki oleh hartawan Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhary.
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjual pegangan 49.9 peratus saham kerajaan dalam Proton kepada Geely dari China tahun lalu.
Mahathir berkata pentadbirannya tidak berhasrat mengambil alih syarikat itu.
“Proton adalah milik Syed Mokhtar. Kalau nak beli balik, itu terpulang kepada dia,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya, hari ini.
Apabila ditanya mengenai bagaimana perjananan mesyuarat kabinet pertamanya, Mahathir berkata semua orang diberi peluang untuk bercakap.
"Saya mahu membuktikan kepada mereka (menteri) bahawa saya bukan seorang diktator," katanya secara berseloroh sambil tersenyum.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment