Tuesday, 8 May 2018

[Video Pakcik BN Kena Basuh Dengan Pakcik PR & Daim Zainuddin @ Tsunami Rakyat] Jangan tertipu DAP kuasai PH, calon Melayu lebih banyak – Dr Hatta

Selasa, 8 Mei 2018



Jangan tertipu DAP kuasai PH, calon Melayu lebih banyak – Dr Hatta

Jangan tertipu DAP kuasai PH, calon Melayu lebih banyak - Dr Hatta
Pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara Dr Hatta Ramli berkata beberapa hari sebelum mengundi adalah detik-detik paling mencabar buat Pakatan Harapan (PH) kerana BN akan menggunakan apa sahaja cara untuk menakut-nakutkan pengundi terutama di luar bandar.
Katanya, isu perkauman masih laku di kawasan kampung Melayu dan sebarang provokasi akan mengurangkan undi kepada PH. Menurut Dr Hatta, DAP atau pemimpin berketurunan Cina tidak mungkin akan menguasai kerajaan kerana komposisi calon-calon PH didominasi Melayu.
“Pihak lawan sudah resah dan gelabah dan oleh itu, mereka kini sedang menggunakan isu perkauman untuk menarik sokongan masyarakat Melayu dengan menakut-nakutkan orang Melayu bahawa DAP akan menghapuskan hak orang Melayu.
“Itu adalah tuduhan yang amat dangkal dan bodoh. Hak orang Melayu adalah di bawah naungan dan kuasa Majlis Raja-raja dan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan akan menjaga hak Melayu dengan sepenuhnya.
“Saya harus menekankan kepada orang Melayu bahawa PH mempunyai 175 calon Melayu, 37 calon Cina dan 10 calon India. Justeru itu, adalah mustahil hak Melayu diabaikan oleh PH.
“Calon-calon pihak lawan sekarang telah ‘desperado’ (hilang halatuju) dan berada dalam alam ketakutan sebab berdepan dengan kekalahan dan oleh kerana itu, mereka ‘menghadiahkan rasa ketakuan’ itu kepada masyarakat Melayu,” kata Dr Hatta kepada Suara pakatan daily.
Beliau juga berpendapat terdapat gelombang perubahan luar biasa di kalangan masyarakat Melayu dan calon-calon BN sudah panik serta sedang mengorak langkah untuk menghalang gelombang perubahan ini.
Bagi Chang Lih Kang yang sedang bertanding di kerusi Parlimen Tanjong Malim pula, situasi di Perak memperlihatkan sambutan yang baik dalam kalangan pengundi masyarakat Melayu.
“Saya hanya menekan pada isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan sahaja sebab kita sekarang sedang menuju ke garisan penamat dan tiada masa lagi untuk menerangkan isu yang rumit seperti 1MDB.
“Sudah cukup untuk rakyat tahu GST yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN adalah punca harga barang melambung naik dan kos sara hidup meningkat,” kata Chang.
Menurut beliau PH ada peluang untuk menerajui Putrajaya pada 10 Mei 2018 kalau semua rakyat Malaysia bertekad membuat perubahan demi masa depan yang cerah.
“Pada masa ini, peluang kemenangan untuk PH dan BN adalah 50:50 walaupun di media arus perdana bukan dipaparkan sebagai begitu.
“Semakin pihak lawan menghampiri tepi gaung, semakin banyaklah ‘berita’ di media arus perdana yang menyokong mereka. Saya rasa PH mampu menang di antara 115 hingga 120 kerusi Parlimen,” tegas Chang

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena