Tuesday, 8 May 2018

[Video BN sohai punya JANJI & 10 soalan Menteri BN pandai ke tak?] PH boleh 100 kerusi parlimen untuk ke Putrajaya, kajian Ilham Center.

Selasa, 8 Mei 2018


PH boleh 100 kerusi parlimen untuk ke Putrajaya, kajian Ilham Center

Keputusan bagi setiap parti berdasarkan kajian Ilham Center sehingga 6 Mei, 3 hari sebelum mengundi.

Kajian yang dibuat oleh Ilham Center mendapati Pakatan Harapan boleh melepasi angka 100 kerusi yang diperlukan untuk ke Putrajaya dalam pilihan raya umum ke 14 esok.
Sehingga 6 Mei, tiga hari sebelum mengundi, PH mendapat 77 kerusi parlimen dengan lawannya BN (56) dan Pas (7) di samping berjaya merampas Johor dan mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang.
Melaka dan Negeri Sembilan pula sukar untuk dipertahankan oleh BN manakala Kedah dan Perak juga sedang berlaku pergelutan sengit.
Dalam satu kenyataan media Ilham Center sehari sebelum pembuangan undi itu, Pengerusi Eksekutifnya, Hisomuddin Bakar berkata, gelombang yang bertiup dari kota-kota sekarang boleh menyebabkan PH menang jika ia sampai ke desa-desa menjelang pembuangan undi.
“Observasi kami hampir sebulan membuat tinjauan di 165 kerusi parlimen Semenanjung, memperlihatkan Pakatan Harapan mendahului di 77 Parlimen dan Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di 56 Parlimen.
“Manakala kuasa ketiga Gagasan Sejahtera yang didominasi oleh PAS selesa di 7 Parlimen berpengkalan di Pantai Timur.
“25 parlimen pula memperlihatkan pertembungan sengit antara parti-parti yang bertanding,” kata Hisomuddin dalam kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, 77 kerusi Pakatan Harapan disumbangkan oleh kerusi parlimen bandar dan pinggir bandar yang mempunyai komposisi bercampur dan majoriti Cina.
56 kerusi Barisan Nasional pula disumbangkan di kawasan majoriti Melayu dan luar bandar.
7 kerusi PAS disumbangkan di kawasan majoriti Melayu di Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat PAS.
“23 kerusi parlimen lagi sengit dan terbuka kepada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan manakala 2 kerusi condong kepada PAS.
“Sekiranya berlaku sedikit lonjakan pada saat akhir, Pakatan Harapan dijangka mampu melepasi angka 100 kerusi yang diperlukan untuk ke Putrajaya,” kata Hisomuddin.
Hasil ini diperolehi melalui tinjuan akhir pasukan Ilham Center bermula sebaik sahaja pembubaran parlimen pada 7 April 2018 dan berakhir pada 6 Mei 2018.
“Kami merumuskan ia pertembungan epik dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia,” katanya.
Beliau mengaku ini adalah analisa yang paling sukar dilakukan kerana ianya pertama kali melibatkan pertembungan tiga penjuru secara besar-besaran dan banyak pemboleh ubah yang kompleks.
Keputusan dan data pilihan raya yang lalu tidak boleh dijadikan sumber utama kerana dua faktor di atas, katanya.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena