Monday, 7 May 2018

[Video Sebak...Syarikat teksi gesa pemandu teksi undi HARAPAN] Ramai penyokong BN & pemandu teksi akan beralih mengundi Pakatan Harapan.

Selasa, 8 Mei 2018


Warga Taman Negeri, Port Dickson... 

Image may contain: 2 people, outdoor
Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Thangarani, is a teacher at Sek Men Sultan Yussuf, Batu Gajah teaching in form 6. She is the BN candidate representing Dun Buntong, Ipoh. These pictures came from her students and it shows her campaigning in SMK Sungai Pari in Buntong 
Tumpang sekole.

RAMAI PENYOKONG BN AKAN BERALIH MENGUNDI PAKATAN HARAPAN


Dalam beberapa hari kebelakangan ini saya berkesempatan berkunjung ke beberapa negeri untuk meninjau suasana pilihanraya yang sedang berlangsung sekarang ini.

Pada Jumaat lalu, saya meninjau beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Melaka.

Kemudian pada Sabtu dan Ahad, saya berada di Pahang dengan mengunjungi kawasan Pekan, Kuantan, Indera Mahkota, Maran, Temerloh serta Bera.

Semalam dan hari ini pula, saya berada di Perak dengan meninjau kawasan sekitar  Tanjung Malim, Tapah, Teluk Intan, Bagan Datuk, Lumut, Ipoh dan sehinggalah ke Kuala Kangsar serta Lenggong.

Sebelum itu, saya juga ada melakukan tinjauan singkat di beberapa kawasan di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Di kebanyakan kawasan,  suasana kempen dan riuh-rendah orangramai memeriahkan pilihanraya memang terlihat "sejuk" dan urusan harian berjalan seperti biasa tanpa banyak gangguan.

Perang poster hampir tidak berlaku di kebanyakan kawasan di mana hanya poster BN dan dacing yang banyak memonopi sesuatu kawasan itu.

Di Bagan Datuk, ada peniaga memaklumkan mereka kini dihiburkan dengan pelbagai konsert percuma sejak kempen pilihanraya bermula, manakala di Pekan, terdapat majlis bacaan puisi yang melibatkan kehadiran Ramli Sarip pada malam Sabtu yang lalu.

Meskipun demikian, dalam beberapa perbualan sepanjang empat lima hari kebelakangan ini dengan para peniaga dan orangramai di kedai-kedai makan serta pertanyaan spontan dengan sesiapa yang sempat diajak berbual, keinginan kepada perubahan ternampak memang wujud dengan agak ketara.

Bagaimanapun, semuanya bagaikan berlaku dalam diam dan mereka hanya meluahkannya setelah beberapa lama diajak untuk berbual. Mereka juga bagaikan sudah menetapkan pilihan pada 9 Mei nanti.

Bagi peniaga bukan Melayu, kalau pun tidak 100 peratus, tetapi hampir 90 atau 95 peratus daripadanya adalah cenderung kepada Pakatan Harapan dan Tun Mahathir.

Kelembapan ekonomi, pengunjung yang kurang dan GST adalah rungutan yang paling banyak didengari daripada mereka.

Berkenaan pilihan antara Najib Razak dan Tun Mahathir Mohamad, rata-rata para peniaga bukan Melayu menzahirkan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu serta yakin beliau mampu memulihkan semula ekonomi negara.

Orang biasa yang ditemui, kebanyakannya bersungut berhubung kenaikan harga barang serta kepimpinan Najib yang mewah dan boros yang tidak boleh diterima lagi oleh mereka.

Kebanyakan mereka mengakui adalah penyokong dan pengundi UMNO sebelum ini, tetapi kali ini mereka bertekad untuk mengundi dan memenangkan Pakatan Harapan pula.

Kata mereka, apa salahnya mencuba Pakatan Harapan  untuk menerajui negara, terutama melihatkan kepada pelbagai janjinya seperti mahu menghapuskan GST, menstabilkan harga minyak dan mengembalikan subsidi barangan keperluan harian pengguna.

Ada seorang yang mengakui pernah menjadi AJK UMNO Cawangan sebelum ini memberitahu, beliau akan menyokong apa saja yang dilakukan oleh Tun Mahathir dan ke mana haluan politiknya.

"Tun Mahathir idola saya dan saya lebih yakin beliau berganding Najib," katanya lagi.

Berdasrkan mood rambang itu, bukan saja  pencinta perubahan  dan mereka yang tertekan kehidupannya yang tidak sabar untuk menumbangkan UMNO dan BN, malah penyokong serta pengundi BN sebelum ini juga terlihat cenderung kepada perubahan.

Di sebuah negeri, seorang veteran UMNO yang sempat dihubungi melalui telefon juga memaklumkan beliau tidak akan mengundi BN pada esok hari.

"Sejak UMNO dan BN berada di bawah kepimpinan Najib, imej kerajaan sudah begitu teruk, terutama dengan perlakuan rasuah yang berleluasa yang tidak pernah berlaku seperti sebelumnya.

"Selagi Najib ada memimpin UMNO dan kerajaan, bukan saja saya, malah ramai lagi tidak akan mengundi BN," jelas beliau.

Selain itu, kebanyakan pengundi juga didapati mulai terbuka minda mereka bahawa perubahan teraju kerajaan daripada BN kepada Pakatan Harapan tidak berkait sama sekali dengan soal masa depan bangsa Melayu atau momokan DAP akan menguasai negara, sebaliknya apa yang mereka lebih fikirkan ialah survival dalam meneruskan kehidupan.

Kata mereka, jika selama 22 tahun Tun Mahathir mentadbir negara ini dengan mampu menjaga kepentingan Melayu dan seluruh rakyat yang lain tanpa mengancam kedudukan mana-mana pihak,  di mana logiknya kita tidak boleh meyakini beliau menerajui negara ini untuk sekali lagi?  (ShahbudinHusin 08/052018).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena