Monday, 7 May 2018

[Video Rais Yatim Di Pentas Pakatan Harapan] Sehari sebelum PRU14, bapa Altantuya hubungi Mahathir.

Selasa, 8 Mei 2018

Sehari sebelum PRU14, bapa Altantuya hubungi Mahathir


Kurang daripada 24 jam sebelum rakyat Malaysia mengundi esok, ayah kepada rakyat Mongolia Altantuya Shaariibuu menghubungi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan membawa pesanan untuk rakyat Malaysia.
Dalam pesanan ringkas untuk Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Setev Shaariibuu berharap rakyat Malaysia akan mampu memperoleh kebebasan dan keadilan dalam pilihan raya umum (PRU) esok.
"Rakyat Malaysia, tolong ingat Altantuya dalam pilihan raya ini," kata Setev.
"Jika rakyat Malaysia buat pilihan salah, anda semua mungkin akan kalah, seperti pembunuhan (Altantuya) ini, "tambahnya.
Setev turut mengepilkan gambarnya memegang bendera Malaysia, selain menandatangani pesanan tiga ayat itu.
"Dia (Altantuya) dibunuh 12 tahun lalu tapi belum ada penyelesaian dalam kesnya. Berapa lama kami harus tunggu.
"6 Mei merupakan hari kelahirannya. Dia kini berumur 40 sekiranya masih hidup hari ini.
"Memandangkan hari kelahirannya sama dengan tempoh kempen pilihan raya di Malaysia, saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin - tolong jangan lupa Altantuya, undi dengan bijak," katanya.
Pada 2 Mei laly, kerajaan memfailkan usul untuk meninggalkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengembalikan semula kerajaan sebagai defendan dalam saman yang difailkan Setev dan keluarga mendiang Altantuya yang dibunuh pada 19 Oktober 2006.
Menurut peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, keluarga itu perlu memfailkan afidavit untuk menjawab usul berkenaan sebelum 6 Jun.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Ogos tahun lalu membenarkan kerajaan membatalkan permohonan oleh keluarga Altantuya, dengan alasan "tiada sebab munasabah untuk tindakan".
Bagaimanapun, tiga anggota mahkamah rayuan yang diketuai Hakim Mohd Zawawi Mohd Salleh sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan membenarkan rayuan keluarga berkenaan.
Mereka memutuskan terdapat isu untuk perbicaraan dan kerajaan disebutkan semula sebagai defendam dalam saman RM100 juta itu.
Setev dan dua anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga memfailkan saman sivil berkenaan pada 2007.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena