Monday, 7 May 2018

[Video Perutusan khas calon MB K'tan HARAPAN] Keluar mengundi awal pagi supaya pengundi HANTU tak boleh ambil tempat kita & Belum pernah berlaku, teksi dan lori pamer logo pembangkang.

Selasa, 8 Mei 2018

Foto Rafizi Ramli.
Keluar mengundi lebih awal pada pagi hari Rabu ini untuk memastikan pengundi hantu tidak berpeluang untuk mengambil identiti kita!

Pilihanraya umum kali ini adalah yang paling sengit dalam sejarah negara. Sila ingat bahawa tempoh pengundian adalah dari pukul 8.00 Pagi - 5.00 Petang.

Semak lokasi pengundian anda secara online dihttps://goo.gl/L3AAnH

Bawa kad pengenalan, keluar untuk mengundi, dan sudah tentu undi untuk Pakatan Harapan.#BinaSemulaNegara
 — dengan Zafran Zack.

Belum pernah berlaku, teksi dan lori pamer logo pembangkang

Belum pernah berlaku, teksi dan lori pamer logo pembangkang

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, pada pilihan raya umum kali ini sukar untuk melihat teksi dan lori mempamerkan logo “dacing” Barisan Nasional (BN), sebaliknya banyak yang mempamerkan logo PKR pembangkang.
Sebelum ini kata beliau, sama ada disedari atau tidak, setiap kali pilihan raya, kenderaan komersil ini akan mempamerkan logo “dacing” pelbagai saiz dan pemandunya akan memakai baju serta topi berlogo sama, yang diperolehi secara percuma.
Tetapi kali ini jelas Lip Eng, keadaan amat berbeza, kita lihat pemandu-pemandu kenderaan komersil ini beraksi sangat aneh atas alasan yang baik.
“Kali ini mereka enggan berpakaian biru, mereka bukan sahaja menjauhkan diri daripada “dacing” bahkan tindakan mereka sangat menakutkan Barisan Nasional.
“Mereka mempamerkan keberanian yang belum pernah disaksikan sebelum ini,” kata beliau dalam kenyataannya hari ini.
Selain mereka, tambah beliau, veteran Umno juga kini turun berkempen untuk PH, yang juga sesuatu yang belum pernah terjadi.
Dalam masa kurang 24 jam, pemandu-pemandu kenderaan komersil ini tahu, bahawa mereka akan melihat Malaysia yang baharu, kata beliau.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena