Monday, 7 May 2018

[Video Najib, Kami Datang Sendiri, Kami Tak Dapat Wang, Kami Tak Dapat Bas] Ustaz Zulfikar keluar Pas, kempen menangkan Warisan di Sabah.

Selasa, 8 Mei 2018

Ustaz Zulfikar keluar Pas, kempen menangkan Warisan di Sabah

Pemimpin Pas Sabah keluar parti dan kempen untuk Warisan di Sabah.

Tamparan kepada Pas menjelang PRU-14 apabila bekas Yang Dipertua Pas kawasan Kota Kinabalu, Ustaz Zulfikar Abd Mijan membuat keputusan keluar dari parti itu.
Beliau kemudiannya dikatakan menjadi ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) pada 26 April lalu.
Difahamkan penceramah itu pada masa ini berkempen untuk memenangkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga penyandang kerusi Parlimen Semporna.
Ustaz Zulfikar juga didakwa sedang membantu kempen calon Warisan, Manis Muka Mohd Dara yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N54 Bugaya.
Pada PRU-14 ini, Pas Sabah meletakkan calon di 26 kerusi dengan lapan kerusi Parlimen dan 18 Dun.
Di P189 Semporna, Mohd Shafie Apdal yang mempertahankan kerusi yang disandang bertempur dalam pertandingan empat penjuru.
Beliau mendapat tentangan calon Pas, Abdul Nasir Ab Raup, Asmara Asmad (Harapan Rakyat) dan Ramlee Marahaban dari BN.
Shafie mengetuai pakatan pembangkang di Sabah menerusi kerjasama dengan Pakatan Harapan negeri itu.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena