Jangan lupa untuk tunaikan tanggungjawab kita kepada negara pada hari Rabu 9hb Mei ini!
Pilihanraya umum kali ini adalah yang paling sengit dalam sejarah negara. Sila ingat bahawa tempoh pengundian adalah dari pukul 8.00 Pagi - 5.00 Petang.
Semak lokasi pengundian anda secara online dihttps://goo.gl/E8Eh1g
Bawa kad pengenalan, keluar untuk mengundi, dan sudah tentu undi untuk Pakatan Harapan.#BinaSemulaNegara

Rakyat M'sia adakan bantahan di London lambat terima kertas undi
Seramai 30 rakyat Malaysia di luar negara mengadakan bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di London semalam berhubung kelewatan menerima kertas undi bagi pilihan raya umum ke-14.
Bantahan itu, yang dianjurkan oleh BERSIH UK, diadakan di hadapan pejabat Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia di dekat Trafalgar Square pada waktu tengah hari waktu tempatan. Bagaimanapun, pejabat pelancongan itu ditutup kerana hari cuti bank di UK.
Kebanyakan peserta bantahan itu berpakaian berwarna kuning dan berulang kali melaungkan “Mana kertas undi saya?”, “EC sabotages postal votes,” dan “We want a clean and free election.”
Ada yang memegang plakad yang memaparkan kartun Zunar.
Dalam ucapannya, penyelaras BERSIH UK Dr Yolanda Augustin menyasarkan SPR yang didakwanya tidak cekap dalam mengendalikan pengundian pos untuk pengundi luar negara.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment