Monday, 7 May 2018

[Video Tsunami Rakyat mesej jelas kepada Barisan Kleptokrat] Bagus pemandu texi sokong PH & Kita ada pakar, penasihat ekonomi akan betulkan sistem cukai negara, kata Daim.

Isnin, 7 Mei 2018

Foto Otai BERSIH.
Bgus pemandu texi sokong PH...
Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.
Ini pandangan almarhum Tok Guru Nik Aziz tentang Tun M dari mulut pewaris Tok Guru sendiri, Ustaz Nik Omar.

#IslamUntukSemua
#PakatanHarapan
#RakyatMestiMenang

Kita ada pakar, penasihat ekonomi akan betulkan sistem cukai negara, kata Daim

Kita ada pakar, penasihat ekonomi akan betulkan sistem cukai  negara, kata Daim
Walaupun bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dicela oleh kepimpinan Umno-BN kerana beliau bersekongkol dengan Pakatan Harapan untuk menghapuskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), hari ini, beliau berkata, pakar ekonomi mempunyai ide bagaimana untuk membetulkan semula sistem percukaian itu.
“Sekarang mereka (Pakatan Harapan) sebut nak kembali kepada SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan).
“Kita ada ramai pakar dan  penasihat ekonomi yang akan menasihati kerajaan baharu bagaimana untuk menambah baik ekonomi.
“Kita tidak akan bankrap tanpa GST,” ujarnya tanpa menyatakan apakah alternatif selain kembali kepada SST apabila ditanya media.
Beliau hadir dalam Majlis Dialog Bersama Tun Daim yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan Titiwangsa.
Turut hadir calon P119 Titiwangsa Rina Mohd Harun dan moderator Dr  Ir Mohd Abdul Kader di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru hari ini.
Majlis yang diadakan ini dihadiri sekitar 100 orang dan beberapa soalan hadirin turut dibangkitkan dijawab oleh beliau.
Semalam Daim mengakui beliau mencadangkan GST ketika dibawah kepimpinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana keperluan ekonomi disebabkan harga minyak dunia, sawit dan getah jatuh maka pelaksanaan GSt pada masa ini, beliau tidak bersetuju.
Ini berikutan dakwanya ia untuk membayar hutang kerajaan kesan daripada pelbagai projek mega yang dilaksanakan.
Cukai SST adalah cukai satu aras yang mana cukai ini hanya dikenakan kepada pengilang sahaja dan tidak boleh dituntut.Cukai ini dianggap sebagai kos kepada perniagaan.
GST pula adalah cukai yang dikenakan kepada pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian sehingga pengguna.
Tun Daim Zainuddin (tengah) bersama Rina Mohd Harun (kiri) dan moderator Dr  Ir Mohd Abdul Kader (kanan)  pada sesi dialog yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampong Baru hari ini.
Kata beliau lagi, kerajaan yang bakal memerintah kelak harus mengurangkan pembaziran dan menguruskan ekonomi dengan baik.
“Kita akan membawa lebih banyak pelabur yang boleh dikenakan cukai ke atas mereka.
“Kita perlu perjuangkan keadilan dan memperjuangkan hak rakyat itu yang penting.
“Sama ada ia betul atau salah bukan persoalannya pada masa kini.
“Pada asasnya Umno tidak boleh dibiarkan memerintah cara begini.
” Walaupun ada peningkatan KDNK 5% itu kerana kerajaan meminjam (berhutang). Jika terus meminjam ia akan boleh meningkat kepada 10% lagi.
“Ini cara mengurus ekonomi ‘biar papa asal bergaya’ kerana hutang saja sudah RM1trillion,” dakwanya.
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah berkata, cukai jualan mesti dipulihkan jika Pakatan Harapan berhasrat menghapuskan GST.
Perkara ini boleh diselesaikan melalui cara yang tidak memudaratkan rakyat dan sektor kewangan kerajaan.
“Jika kami ingin hapuskan GST, kami mesti memulihkan cukai jualan. Tetapi semua proses yang dilakukan oleh kerajaan perlu dilaksanakan secara berperingkat. Jika kami hapuskannya secara tiba-tiba dan kami tidak mempunyai sumber pendapatan, ia akan memudaratkan kerajaan,” kata Dr Mahathir.
Jangkaan Daim lagi, terhadap Pakatan Harapan sekiranya BN tidak menipu pada pilihan raya kali ini, peluang untuk Pakatan Harapan menang tetap ada.
“Sudah tentulah Pakatan Harapan boleh menang, jika BN tidak menipu.” ujarnya yang telah turun padang berkempen untuk calon-calon Pakatan Harapan  dalam sesi dialog dan ceramah seluruh negara.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena