Monday, 7 May 2018

[Video Kajian: HARAPAN takluk Putrajaya, PAS kalah teruk] PH dapat 111 kerusi parlimen di Semanjung, perintah 7 negeri – Invoke

Isnin, 7 Mei 2018


PH dapat 111 kerusi parlimen di Semanjung, perintah 7 negeri – Invoke

PH dijangka menang 111 kerusi Parlimen, BN hanya 54 di Semenanjung.
Kajian yang dibuat oleh Invoke mendapati, Pakatan Harapan (PH) akan menang 111 kerusi parlimen dan 253 kerusi DUN di Semenanjung Malaysia dalam pilihan raya 9 Mei ini.
Menurut kajian itu, Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 54 kerusi parlimen dan 192 kerusi DUN menurut kemas kini data terbaharu.
Paling menyedihkan, kajian Invoke itu tidak memberikan sebarang kerusi untuk Pas dan bakal kehilangan negeri Kelantan dalam PRU kali ini.
BN dijangka merampas Kelantan dari tangan Pas manakala Husam Musa menjadi satu-satunya calon PH yang akan menang kerusi parlimen di Kelantan iaitu parlimen Kota Bharu.
Invoke menjangka, selain Putrajaya, PH akan memerintah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.
Invoke meramalkan, BN akan kekal di Pahang, Terengganu, Perlis di samping mengambil alih Kelantan dari Pas.
Di Johor, PH berjaya memerintah negeri itu apabila mendapat 39 kerusi negeri.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena