Thursday 17 May 2018

[Video Ulasan operasi penggeledahan kondominium mewah milik bekas pemimpin negara] TENGOK! Berapa Banyak Harta Najib Rosmah Masuk Lori Polis? Makk oiii...banyaknya beg dan kotak-kotak, di rumah rakyat miskin nak simpan 72 bungkus 'maggi' pun tak mampu.

Jumaat, 18 mei 2018

TENGOK! Berapa Banyak Harta Najib Rosmah Masuk Lori Polis?

"DI RUMAH RAKYAT BIASA, NAK SIMPAN MAGGI SAMPAI 72 BUNGKUS PUN TAK MAMPU"

Makk oiii...banyaknya beg dan kotak-kotak yang dirampas oleh pihak polis dari sebuah kondo mewah yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri yang baru dikalahkan dalam PRU14, Najib Razak pada awal pagi tadi.

Dilaporkan, rampasan itu melibatkan 72 beg berisi wang tunai dan 284 kotak yang mengandingi beg tangan mewah pelbagai jenama serta barangan kemas.

Untuk mengangkut semua barangan itu, 5 buah lori terpaksa juga digunakan oleh pihak polis.
Ini adalah hasil penemuan di salah satu daripada enam premis yang dikenalpasti, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Amar Singh Ishar Singh.

Beliau juga memberitahu, rampasan itu adalah sebahagian daripada siasatan berhubung skandal 1MDB.

Berapakah jumlah wang tunai daripada 72 beg tersebut?

Jika RM1 juta dalam setiap beg, jumlahnya ialah RM72 juta dan sekiranya isi setiap beg RM2 juta, bermakna 72 beg itu mengandungi RM144 juta.

Bayangkan jika lebih daripada itu jumlah wang yang ada dalam setiap beg tersebut?

Daripada manakah datangnya semua wang tersebut?
Kenapa Najib dan keluarganya perlu menyimpan wang tunai sebanyak itu di kediaman mereka?

Kalau dalam bentuk tunai saja sudah sebanyak itu, berapa pula jumlah yang tersimpan dalam bank?

Kenapa pula beg-beg tersebut dilihat sudah dibungkus dengan plastik?

Adakah ia mahu dibawa lari ke mana-mana negara lain melalui jet yang  sepatutnya Najib dan Rosmah naiki beberapa lalu, tetapi terhalang kerana nama mereka sudah disekat daripada meninggalkan negara oleh Jabatan Imigresen?

Begitu juga dengan 284 kotak beg tangan mewah dan barangan kemas yang ditemui, apakah ini menandakan Imelda Marcos kedua kecundang lagi untuk menjadi tatapan berita di seluruh dunia?

Apakah perasaan rakyat biasa atau makcik-makcik Felda apabila melihat episod rampasan itu sedangkan di rumah mereka, untuk menyimpan bungkusan maggi sebagai bekalan di waktu kecemasan atau keropok untuk kudapan anak serta cucu sehingga 72 bungkus pun ternampak mustahil?

Apakah jenis pemimpin yang kita ada sejak 2009 yang lalu?

Seterusnya, bayangkan jika dalam PRU14 lalu, BN menang lagi dan Najib kekal menjadi Perdana Menteri?  (ShahbudinHusin 1805/2018).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena