Monday 14 May 2018

[Video Zeti: Kaedah hapus GST akan diumum dalam masa 100 hari] Zeti: Kami akan umumkan.

Selasa, 15 Mei 2018

Zeti: Kami akan umum kaedah hapus GST dalam 100 hari



Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata kaedah penghapusan GST akan diumumkan dalam masa 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Anggota Majlis Penasihat Kerajaan itu bagaimanapun membayangkan sistem itu mungkin tidak dapat dihapuskan dalam tempoh itu seperti yang dijanjikan.
"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali mengatakan kita perlu mengikut undang-undang sedia ada, kita tidak akan menyimpang daripada mana-mana peraturan ini dan proses yang perlu dilalui untuk perubahan seumpama ini.
"Maka apa yang kita akan lakukan dalam 100 hari ini adalah mengumumkan tentang apa yang akan dilakukan, dan ia akan dilakukan mengikut proses (seperti) melalui parlimen dan lain-lain," katanya ketika ditemui pemberita di Bank Negara Malaysia, hari ini.
Beliau berkata majlis penasihat pada masa ini sedang mengkaji kaedah menyeluruh untuk menambah baik kuasa beli rakyat, berbanding pendekatan sedikit demi sedikit.
Beliau menegaskan keputusan untuk memansuhkan GST adalah muktamad dan isu pada masa ini adalah kaedah pelaksanaan, termasuk menurunkan kadarnya kepada 0 peratus.
"Kami akan membuat pengumuman dalam masa 100 hari...orang ramai akan mengetahui apa yang akan dilakukan dan kaedah yang akan digunakan," kata bekas gabenor Bank Negara Malaysia itu lagi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena