Monday 14 May 2018

[Video Tun M-Best Of Keberanian Yang Tidak Ada Pada Najib] Mufti tolak dakwaan KM Melaka Syiah.

Selasa, 15 Mei 2018

Foto Rafizi Ramli.

Mufti tolak KM Melaka Syiah

Mufti Negeri Melaka Sahibus Samahah  Datuk Abdul Halim Tawil menolak dakwaan bahawa Ketua Menteri Melaka yang baharu, Adly Zahari berfahaman Syiah seperti yang tular di laman sosial.
Jelas Datuk Abdul Halim, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Adly berhubung perkara tersebut.
“Penjelasan yang diberikan berkaitan dengan gambar yang (tular di media sosial) tersebut  adalah gambar semasa beliau berada di  Iran semasa mengada sesi lawatan ke beberapa negara Timur Tengah beberapa tahun yang lalu.
“Manakala kutipan kata hikmah yang dinukilkan di laman sesawangnya adalah kata-kata yang mempunyai mesej dan makna yang baik yang dijadikan sebagai motivasi untuk dikongsikan,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar.
Sehubungan itu beliau menasihatkan seluruh umat Islam supaya lebih berhati-hati dalam menyampaikan mesej di media sosial dan elektronik atau pengucapan awam supaya ia tidak menimbulkan kontroversi dan polemik masyarakat.
Dalam masa sama jelas beliau, masyarakat hendaklah sentiasa mengamalkan kaedah bertabayyun (menyelidik dan mengkaji) dalam semua perkara sebelum menyebarluaskan sesuatu perkara yang tidak jelas dan pasti.
Datuk Abdul Halim juga semua pihak agar menerima keputusan pilihan raya secara terbuka dan berlapang dada atas keputusan yang dibuat oleh rakyat Malaysia secara demokratik dan berpelembagaan.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang telah membentuk kerajaan di peringkat negeri dn persekutuan.
Beliau berharap kerajaan yang baharu ini dapat menunaikan tanggungjawab serta amanah yang diberikan oleh rakyat.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena