Thursday 15 November 2018

[Video Penyokong Rosmah & Najib 'hesteria' jaga diri baik2 & B40 Turun Naik Oles Trus] Meriah, meriah! 3 anak Mansor panjat tangga 'turun naik turun naik' mahkamah...

Khamis, 15 November 2018

B40 Turun Naik Oles Trus 

Ku Nan Arrested... 
 3 anak Mansor panjat tangga 'turun naik turun naik' mahkamah... 

Pagi ini kawasan Mahkamah Jalan Duta dijangka "meriah" sekali lagi dengan kehadiran orangramai apabila isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor, bekas pembantunya, Rizal Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor akan didakwa di mahkamah berkaitan dakwaan rasuah. 

Secara kebetulan, ketiga-tiganya adalah "anak Mansor", walaupun mereka bukanlah adik-beradik atau ada hubungan persaudaraan antara satu sama lain. 

Rosmah dan Rizal dipercayai akan didakwa berkaitan projek solar untuk sekolah-sekolah di Sarawak yang melibatkan kos bernilai RM1.25 bilion. 

Tengku Adnan atau nama popularnya Ku Nan pula akan didakwa berhubung penjualan 97 keping tanah milik DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion ketika beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. 

Sebelum ini, Najib Razak sudah dihadapkan dengan 39 pertuduhan, Zahid Hamidi 45 pertuduhan, Rosmah 17 pertuduhan, bekas Ketua Setiausaha Negara, Irwan Siregar Abdullah 6 pertuduhan, peguam UMNO, Shafee Abdullah 4 pertuduhan dan bekas ketua perisik MEIO, Hasanah Abdul Hamidi dengan satu pertuduhan pecah amanah. 

Dijangka lebih ramai lagi pemimpin UMNO, termasuk bekas menteri, bekas timbalan menteri, Ahli Parlimen dan pegawai kanan kerajaan era BN turut bakal didakwa selepas ini atas pelbagai kesalahan sama ada berkaitan rasuah, pecah amanah atau penyelewengan ketika masing-masing ada kuasa sebelum ini. 

Najib dan Rosmah sendiri tidak terkecuali dijangkakan akan berdepan lebih banyak pertuduhan juga. 

Rakyat memang menyanjung tinggi keseriusan Tun Mahathir mahu membersihkan negara ini, tapi janganlah sampai setelah beliau tiada lagi pun nanti, perbicaraan masih tak selesai-selesai lagi. 
-ShahbudinHusin  
Tumpang sekole. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena